Dalam salah satu artikel pernah membincangkan tentang pertumbuhan otak
yang terus berkembang sehingga pada umur 40-an. Kemudian terhenti ketika
mencapai usia ini. Dan hari ini para pengkaji telah mengenal pasti
perkara tersebut bahawa pertumbuhan otak akan mengalami penurunan
setelah mencapai umur tertentu. Terdapat kajian baru yang diterbitkan
dari “Jurnal perubatan Britain” yang melaporkan bahawa faktor usia
sangat mempengaruhi perubahan kognitif seseorang. Terdapat kes-kes
tertentu mengakibatkan timbulnya penyakit Alois Alzheimer atau penyakit
lain dari jenis dimensia dan kadang kala bermula pada awal usia, pada
pertengahan umur atau hujung 40-an.
Penyelidik mengatakan bahawa penurunan itu sangat minimum sehingga
kemungkinkan kecil untuk dikesan dalam kehidupan seharian. Hal ini telah
dilaporkan dalam satu penyelidikan perubatan yang melibatkan peserta
setiap tiga atau empat tahun. Dari hasil penyelidikan ini sangat penting
kerana membuktikan ubat tersebut berkesan sebagai penawar jika
digunakan ketika muncul gejala-gejala penurunan prestasi kongnitif.
Kajian sebelum ini telah membuat kesimpulan bahawa penurunan prestasi
kongnitif pada manusia terjadi sebelum usia enam puluh tahun. Akan
tetapi hasil penyelidikan terkini menujukkan bahawa faktor tersebut
boleh berlaku pada pertengahan usia.
Oleh itu ketika seseorang berumur 40 tahun, maka pertumbuhan otaknya
telah terhenti dan selepas umur ini sel-sel otak mula rosak. Tetapi
tanpa penelitian dan kajian yang terperinci serata dilengkapi dengan
peralatan yang canggih adalah sangat kecil kemungkinan untuk menyedari
hal tersebut.
Maha suci Allah! Bukankah Al-Quran telah memberitahu perkara ini sebelum
1400 tahun lalu, bahawa manusia ketika mencapai tahap prestasi otaknya
pada usia 40 tahun akan mengalami penurunan selepas itu.
Allah swt berfirman:
“… Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh
tahun ia berdo’a:” Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat
yang telah Engkau berikan … “(Surah Al-Ahqaaf: 15)
Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan …
BalasPadamAamiin....
Ya Allah Amim
BalasPadamkerana bila umur dah 40an, jika masih sihat dan mampu kerja kuat, maka itu adalah nikmat Allah SWT yang paling jelas krn prestasi otak dan tenaga dah menurun tapi masih boleh berkudrat... itulah yang dimaksudkan
BalasPadam