Ramai anak gadis ‘goyang kaki’ sementara
menanti lelaki-lelaki datang masuk meminang atau tidak melakukan
perkara yang bermanfaat dan membuang masa seperti membaca novel cinta,
berkhayal dan berhibur siang dan malam. Sepatutnya sementara belum ada
lelaki masuk meminang waktu itu amat penting untuk digunakan bagi
mempersiapkan diri menjadi isteri dan ibu.
Persiapan yang penting ialah :
1) Menuntut ilmu khususnya berkenaan
kewanitaan, anak-anak, rumahtangga, seksual, hukum-hakam agama dan
kemahiran2 yang dapat memanfaatkan hidup selepas bernikah.
2) Menjaga kesihatan dan mencantikkan
diri, ramai anak gadis mengadu sukar bernikah kerana menghadapi masalah
fizikal tetapi mereka tidak pula menjaga diri, menguruskan badan
sedangkan mereka mempunyai masa yang panjang untuk melakukannya.
3) Meningkatkan amalan ibadah dan taqwa
sebagai kekuatan jiwa dan persediaan untuk menghadapi ujian kehidupan
berumahtangga kelak.
Bagaimanakah perkahwinan yang didambakan? Mari baca artikel ini: Perkahwinan Yang Ku Damba Menyempurnakan Agamaku
Kata Nabi SAW, ’ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ ’ Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai orang sehinggalah kehilangannya iaitu kesihatan dan waktu lapang. [riwayat al-Bukhari]-Ustaz Emran Ahmad-
pakar cinta
Tiada ulasan:
Catat Ulasan