Khamis, 5 Mei 2016

Diboikot, Dihalau Rakan Serumah Dan Hilang Pekerjaan Kerana Peluk Islam Ketika Ceramah Dr Zakir Naik


Seperti kita sedia maklum, baru-baru ini penceramah terkenal dunia, Dr Zakir Naik telah datang ke Malaysia dan telah membuat beberapa sesi ceramahnya di seluruh negara.

Kehadiran beliau mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia dan juga mendapat tentangan dari beberapa badan bukan Islam.

Di dalam ceramahnya, beliau telah berjaya mengislamkan beberapa orang hadirin menjadi saudara baru.




Namun, selepas itu ramai yang tidak tahu perkembangan tentang saudara baru kita ini kecuali adik Nina yang menjadi anak angkat kerajaan Negeri Terengganu.

Ingat lagikah kita saudara Harinder Pal Singh, di mana beliau melafazkan syahadah ketika sesi ceramah Dr. Zakir Naik di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 14 April lalu.

Harinder adalah berketurunan Sikh kelahiran India di mana beliau mendapat hidayah memilih Islam sebagai panduan hidup, tetapi harga menerima Islam sebagai pegangan hidup harus dibayar dengan pelbagai dugaan.

Memetik laporan Tv Alhijrah, stesen tv berkenaan telah menemui Harinder untuk mengetahui perkembangan tentangnya setelah memeluk Islam.

Menurut Harinder, beliau telah kehilangan pekerjaannya sebagai pekerja swasta kerana kontrak kerjanya tidak diperbaharui.

Lebih memeritkan, beliau telah dihalau keluar daripada rumah oleh rakan serumahnya kerana bimbang dia akan mempengaruhi rakan-rakan lain dengan ajaran Islam.

"Saya perlukan pekerjaan," katanya ketika ditemubual dalam program Into Taqwa terbitan TV Al Hijrah.

Harinder tidak mengharapkan simpati, namun pada saat ini dia amat memerlukan bantuan untuk meneruskan kehidupan dan mendalami Islam yang kini sudah menjadi jalan hidup di dunia dan akhiratnya. - Siakapkeli.my

KEMASKINI

Penyanyi Indi terkenal, Noh Hujan dilaporkan telah menawarkan pekerjaan kepada Harinder untuk bekerja dengannya.

Noh yang kini berada di Jordan memberi reaksi segera untuk menawarkan pekerjaan kepada Harinder di restoran miliknya.
siakapkeli

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...