Selasa, 3 Mei 2016

Khasiat Biji Selasih!

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)
Sumber: Google Images

Sedapnya nikmati sirap selasih sejuk time bulan puasa... Nikmat walaupun hanya air sirap.. dan selasih tu buatkan sirap tu lagi sedap. Biji selasih, mak MF kata teloq katak.. masa dulu tak minum la air yang ada selasih ni...Tapi lepas cuba sekali.. nak lagi.. 
Biji selasih bukan sekadar biji dan penyeri air.. tapi ada khasiatnya yang tersendiri... Antaranya:


  1. Dapat mengurangkan panas badan.
  2. Ia berkhasiat untuk menguatkan organ hati.
  3. Merawat insomnia (penyakit susah untuk tidur).
  4. Menenangkah fikiran yang secara tidak langsung dapat mengurangkan keadaan gelisah dan gagap.
  5. Dapat membantu mengatasi masalah gangguan pencernaan seperti sembelit.
  6. Dapat mengurangkan masalah sakit kepala, sakit gigi dan sakit perut.
  7. Bagi wanita, zat cineole dan tannin yang terkandung dalam biji selasih berkhasiat untuk mengurangkan cairan berlebihan pada vagina.

Biji selasih digunakan untuk merawat sembelit dan heartburn. Selain itu biji selasih ada khasiat lain, seperti minyaknya boleh digunakan sebagai bahan aroma terapi dan minyak wangi. Biji selasih juga boleh merawat pelbagai penyakit. Di CHina, biji selasih digunakan untuk merawat penyakit jangkitan, sakit perut, gigitan serangga, penawar demam, selera makan, membantu penghadaman, jantung, batuk dan mengurangkan panas demam.
Biji selasih boleh dimakan bila masa sahaja tetapi bijinya perlu direndam dalam air. Waktu terbaik untuk mengambilnya ialah sebelum tidur. Biji selasih berkesan sebagai antibiotik memusnahkan bakteria. Ia membantu menyah toksik dari dalam badan melalui darah dengan itu ia membersihkan darah. Pada waktu malam semasa kita tidur, ia bertindak sebagai pencuci mengeluarkan kesemua toksin dari darah dan pada esok paginya toksin dikeluarkan. Rasa kembong akan hilang dan kita akan rasa segar semula.
Sutter Gould Medical Foundation menyatakan biji selasih boleh mengawal gula dalam darah bagi pesakit kencing manis Type 2. Biji selasih dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan. Sifat selaput gelatin biji selasih yang telah direndam digunakan sebagai bahan dalam minuman dan ia mengenyangkan, yang boleh menyebabkan kehilangan selera makan jika diambil sebelum waktu makan.
Sumber: Facebook

Banyak betul khasiat biji selasih kepada tubuh badan kita... Nak kena amalkan selalu camni.. sedap tu, bila kenyal-kenyal suka main biji selasih dalam mulut... hehe
http://www.mariafirdz.com

1 ulasan:

  1. Yang butuh biji selasih bisa hubungi kami di chasiapro@gmail.com atau +6282136712513 Trims Prabowo JOgja

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...