Gambar sebagai hiasan sahaja.
Sebenarnya
tiada nama jalan yang dinamakan dengan nama Jalan Iman di Kuala Lumpur,
kalau Jalan Aman adalah di kawasan berhampiran Jalan Ampang. Namun ada
lorong-lorong yang akan menuju kepada Jalan Iman yang tidak dapat kita
lihat dengan mata. Dan empat lorong tersebut ialaj;
Pertama,
alat penglihatan kita yakni mata hendaklah kita melihat segala ciptaan
Allah ta'ala yang mampu kita lihat dengan mata. Lihatlah bagaimana air
hujan yang sama jenis yang diturunkanNya menjadikan bunga-bunga muncul
dalam berbagai warna dan buah-buahan keluar dari bumi dalam berbagai
bentuk dan rasa walhal tanah yang sama dan air hujan yang sama
menyiraminya.
Kedua
ialah telinga kita sendiri, kita gunakan telinga kita untuk mendengar
tentang hebatnya Allah dalam percakapan yang selalunya muncul dalam
masjid ketika menunggu waktu solat isyak selepas solat maghrib. Dengan
telinga itulah kita mendengar dan terus mendengar walaupun telinga
tersebut telah banyak kali mendengar perkara yang sama. Termasuk dalam
hal ini ialah mendengar bacaan hadith Nabi s.a.w. yang rata-rata dan
kebanyakan masjid ada satu masa yang dikhaskan untuk memperdengarkan
bacaan hadith. Ada masjid yang bacaan hadith dibuat selepas solat zohor,
ada selepas solat asar dan jikalau tiada bacaan hadith dilakukan dalam
masjid itu maka bertanyalah kepada jawatankuasa masjid dan jika
benar-benar ianya tiada dilakukan maka tugas andalah membaca hadith
tersebut.
Ketiga
ialah percakapan. Gunakanlah percakapan kita setiap masa dan dimana
sahaja untuk membesarkan Allah kerana jika kita banyak bercakap tentang
kebesaran makhluk seperti ekzos motorsikal sebab kita memang pakar ekzos
pasti kita yang rugi sebab dengan berbuat demikian sudah pasti
kehebatan ekzos akan masuk dalam hati kita. Hati kita ini lembut dan
besar menyebabkan segala macam benda boleh masuk dengan mudah dan ianya
bergantung kepada penglihatan, penglihatan serta pendengaran kita saban
hari.
Dan yang
ke empat ialah pemikiran kita sendiri. Bagaimana kita menggunakan
pemikiran kita setriap hari. Jika setiap hari dan setiap masa kita
memikirkan kebesaran Allah maka Allah akan masuk kedalam hati kita,
begitulah jika kita sentiasa memikirkan rumah baru yang sedang dalam
proses pembinaan maka rumah tersebutlah yang akan berada dalam hati
kita. So... secara pukal jika pemikiran kita sentiasa berada kepada
susah payah Rasulullah s.a.w. mendakwahkan manusia ketika di Makkah dulu
maka susah payah itulah yang akan masuk dalam hati kita dan jika kita
berhasrat hendak membantu kerja-kerja Rasulullah s.a.w. maka hasrat
tersebut akan masuk berada dan beraja dalam hati kita. Inilah yang
menyebabkan Allah semakin hampir kepada kita sebab Allah sangat syang
serta kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Begitulah secara pukal cara hendak mencari Jalan Iman.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..bllog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan