Sabtu, 7 Mei 2016

Resepi Raya - Biskut Ombak Rindu

Bahan-bahan :

330 gm tepung gandum
30 gm susu tepung
8 gm serbuk koko
3 gm baking Powder
3 gm soda
200 gm choc rice
60 gm cornflakes – kisar kasar
80 gm Almond nibs – panggang
250 gm butter
70 gm gula halus
90 gm gula perang
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh butter flavour
1 sudu teh perasa mocca
5 gm Nescafe
5 gm air panas ( Nescafe + air panas – pes )
1 biji telur



Hiasan :
Badam biji – dibakar
coklat putih – cairkan

Cara Penyediaan :

1. Tepung, koko, baking powder, soda, serta susu tepung, satukan semua bahan kering dan diayakkan bersama.
2. Kemudian putarkan dengan kelajuan yang sederhana, mentega, gula, vanilla, butterflavour, moca dan nescafe paste sehingga ia sebati.
3. Masukkan telur dan pukul sebentar dan masukkan campuran bahan yang diayak tadi digaul hingga sebati. Akhir sekali masukkan, coc rice, ambong nibs dan cornflakes, gaul hingga rata.
4. Sediakan dulang pembakar dan letakkan diatas dulang dengan sudu, sedikit demi sedikit. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit.
5. Apabila sudah masak, sejukkan ia sementara itu cairkan coklat masakkan putih secara double boiler. Paipkan diatas biskut yang telah sejuk tadi. Akhir sekali, hiaskannya dengan badam bakar di atasnya.

P/s: Sangat sedap dan rangup. Hiasannya ada juga diletakkan biji kopi diatasnya. Terpulang kepada citarasa anda. Mudah dan simple sahaja untuk menyediakannya. Sesuai juga disajikan sebagai kuih raya.
 http://kelasbakeri.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...