Sabtu, 14 Mei 2016

Pesawat Terbesar Didunia , Antonov 225 Mendarat Di KLIA


Peswat terbesar di dunia, Antonov 225 Mriya telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8 pagi semalam tadi.

Pesawat difahamkan membawa muatan generator elektrik seberat 117 tan dan mendarat di KLIA untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir Perth, Australia.

Sebelum mendarat di KLIA, pesawat seberat 640 tan berkenaan yang dilengkapi enam enjin dan 42 tayar telah singgah di Republik Czech, India dan Turkmenistan terlebih dahulu.




Pesawat buatan Ukraine tersebut dilaporkan mampu terbang dengan kelajuan maksimum 850 kilometer sejam, malah tangki minyaknya juga dapat menampung sehingga 300,000 kilogram.

Selain itu, panjang sayap pesawat tersebut juga adalah kira-kira 88 meter.

Orang ramai telah berkumpul ditepi lapangan terbang sejak awal pagi tadi untuk menyaksikan pesawat berkenaan mendarat. - Siakapkeli.my
















 
 
 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...