Selasa, 22 Januari 2013

Sony Xperia Tablet Z Diumumkan

Sony mengemaskini produk tabletnya dengan memperkenalkan Sony Xperia Tablet Z baru-baru ini. Ia merupakan tablet Android Sony yang banyak diperkatakan kebelakangan ini.

Sony Xperia Tablet Z 
 


Sony Xperia Tablet Z

OS Android 4.1 Jellybean
Pemproses Qualcomm 1.5GHz quad-core APQ8064
RAM 2GB
Ruang simpanan 32GB
Kamera 8.1-megapixel Exmor R
Skrin 10.1-inch 1,920 x 1,200 dengan Mobile Bravia Engine 2
Rangkaian dan Port WiFi 802.11b/g/n
4G LTE, 3G
Micro SD
Bateri 6,000mAh   
Sony Jepun telah mengumumkan produk tablet terbarunya iaitu Sony Xperia Tablet Z. Tablet 10.1 inci (1,920 x 1,200) dengan Mobile Bravia Engine 2 ini dikuasakan Android 4.1 Jellybean dan berkongsi ciri-ciri rekabentuk versi telefon pintarnya, Sony Xperia Z.

Namun apa yang menarik tentang tablet ini ialah spesifikasinya. Ia dilengkapi CPU Qualcomm 1.5GHz quad-core APQ8064, 2GB Ram dan ruang simpanan 32GB. Ia juga dilengkapi slot Micro SD untuk mengembangkan lagi ruang simpanannya. Sistem bunyinya juga istimewa dengan kehadiran teknologi “S-Force” Virtual Surround Sound.

Kamera pada tablet ini juga tidak kurang hebatnya. Walaupun mempunyai hanya satu kamera, ia merupakan sebuah kamera 8.1 MP Exmor R. Seperti juga Sony Xperia Z, Sony Xperia Tablet Z mempunyai ciri-ciri tahan lasak sama seperti Sony Xperia Z di mana ia kalis air dan juga kalis habuk.

Paling menarik ialah semua ciri-ciri ini disatukan kedalam satu rekaan tablet yang hanya setebal 6.9mm dan seberat 495g. Suatu pencapaian yang sangat membanggakan.

Walaubagaimanapun, tiada maklumat mengenai pelancarannya di Malaysia mahupun harga dan tarikh jualannya. Maklumat terkini mengenainya akan dikemaskini dari masa ke semasa.
 http://techkini.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...