Selasa, 29 Januari 2013

Kampung tersejuk di dunia - Oymyakon


  Cows walk back to their sheds after watering in the thermal spring
Satu daripada kediaman tradisional penduduk di Oymyakon. - AGENSI


SELAMAT datang ke perkampungan yang paling sejuk di dunia, dengan suhu paling rendah pernah dicatatkan sehingga -71.2 darjah celsius, kenderaan sering rosak kerana enjin membeku, namun kebanyakan kediaman penduduknya masih memiliki tandas di luar rumah!
 
 
 
 
 
Daerah perkampungan Oymyakon, yang terletak di Republik Sakha, Rusia, mencatatkan rekod sebagai tempat dengan suhu paling rendah yang dihuni manusia di dunia ini.
Oymyakon bermaksud 'air yang tidak membeku,' berikutan terdapat satu mata air panas di situ dan biasanya daerah tersebut mempunyai suhu purata -50 darjah celsius sepanjang Januari.
 Farmer Nikolai Petrovich waters his cows
Perkampungan itu dihuni kira-kira 500 penduduk, pada asalnya iaitu sekitar 1920-an dan 1930-an menjadi tempat persinggahan penggembala rusa kutub yang memberi air kepada haiwannya daripada mata air panas di situ.
Namun, kerajaan Soviet yang memerintah ketika itu menjadikan kawasan itu penempatan tetap puak nomad kerana mereka menganggap kumpulan itu sukar dikawal.
 Cows walk back to their sheds after watering in the Oymyakon thermal spring
Tidak banyak hidupan terdapat di situ, selain ikan air sejuk, penduduknya banyak bergantung makanan kepada daging rusa kutub dan daging kuda, namun mereka tidak pernah menderita kekurangan nutrien. 
Doktor berkata, punca penduduk di situ tidak mengalami malnutrien kerana susu lembu yang diminum mereka mengandungi banyak mikronutrien.
 Oymakon village at dawn with a plume of smoke rising from the heating plant
Penduduk tempatan juga terpaksa menghidupkan enjin kenderaan mereka sepanjang hari kerana bimbang enjin itu rosak kerana membeku dan tidak boleh dihidupkan lagi.
Selain kenderaan, antara masalah yang sering dihadapi penduduk adalah dakwat pen membeku, cermin mata, cermin kenderaan malah cermin kediaman membeku menyukarkan pemandangan.
 Alexander Platonov
Satu lagi masalah paling sukar adalah ketika mengendalikan pengebumian yang mengambil masa sehingga tiga hari. Hari pertama diperlukan untuk mencairkan tanah dengan cara menyalakan unggun api bagi memudahkan ia digali.
 

Arang yang masih membara akan dimasukkan ke dalam lubang yang digali dan proses itu diulang-ulang sehingga lubang tersebut cukup dalam untuk mengebumikan mayat. 
 Oymyakon
Kebanyakan kediaman di kampung itu masih membakar arang dan kayu untuk pemanasan, namun terdapat beberapa kediaman memiliki kemudahan moden termasuk bagi memanaskan kediaman.
 

Terdapat beberapa buah kedai yang menjual keperluan di situ dan kebanyakan penduduk bekerja sebagai penternak rusa kutub, pemburu dan nelayan.
 A petrol station on the road to Oymyakon
Tidak memeranjatkan apabila penduduk di situ sangat tahan cuaca. Sekolah di Oymyakon hanya ditutup seandainya suhu menurun sehingga mencecah -52 celsius.
Sepanjang musim sejuk, perkampungan itu mengalami tempoh siang yang singkat iaitu selama tiga jam, manakala ketika musim panas, tempohnya memanjang sehingga 21 jam dengan suhu panas sekitar 30 celsius. 
 myblogsantai.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...