Biasa kita lihat ibu bapa menggunakan putik kapas untuk membersihkan
tahi telinga anak-anak. Tetapi, sedarkah anda tindakan tersebut boleh
mengakibatkan tahi telinga terbenam dan melecet. Selain itu, cebisan
putik kapas akan tertinggal di dalam telinga atau kulit telinga akan
terluka.
Agak sukar untuk kita mengelakkan diri daripada mengorek telinga. Ia
sudah menjadi rutin dan mampu membuatkan kita khayal sekejap. Apa pun
alasan, hentikan tabiat ini jika tak mahu gegendang telinga anda rosak
kemudian hari.
Memang tahi telinga kotor dan menggelikan, pastinya kita kena ingat ia
berfungsi sebagai pelindung. Lendir dan cecair yang ada dalamnya
menyekat kemasukan serangga dan kotoran debu. Kerana itulah kita
dilarang mengorek telinga kerana risau akan menyebabkan luka. Telinga
yang sudah luka akan mudah dijangkiti bakteria dan kulat.
http://sehinggit.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan