Isnin, 21 Januari 2013

Suatu Renungan Buat Jiwa

Renungan jiwa

Seorang ahli Sufi bernama Abu Turab r.a. berkata;
"Wahai manusia ! Kamu mencintai tiga macam, padahal ketiga itu bukanlah milikmu.
1. Kamu mencintai dirimu, padahal diri itu milik hawa dan nafsu
2. Kamu mencintai roh-mu, padahal nyawa itu milik Allah SWT dan
3. Kamu menyintai hartamu, padahal harta itu milik ahli waris turun-temurun."

Di samping itu pula kamu mencari dua macam lagi, padahal kedua itu tidak kamu peroleh yakni istirahat di dunia, dan bersuka ria di dalamnya. Keduanya ini tidak akan ada di dunia, tetapi kesemua tempatnya di Syurga..

Wasiat Nabi kepada Saidina Ali . Tiap sesuatu ,ada penyakitnya..






❖ Penyakit berkata-kata adalah bohong .
❖ Penyakit ilmu adalah lupa .
❖ Penyakit ibadah adalah riak .
❖ Penyakit akhlak adalah memuji diri sendiri .
❖ Penyakit pemurah adalah menyebut-nyebut pemberian .
❖ Penyakit bangsawan adalah merasa bangga .

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah nescaya ia mahu yang ketiga. Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan Allah sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” - Riwayat Ahmad

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Abdullah Ibnu Umar r.a menceritakan bahawa seorang lelaki berkata kepada nabi SAW : “ Manakah amalan Islam yang paling baik? Nabi menjawab; “Engkau memberikan makanan kepada orang-orang miskin dan engkau mengucapkan salam kepada orang yang telah engkau kenal dan kepada orang yang belum engkau kenal.” (al-Bukhari dan Muslim )
anizyn.blogspot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...