Selasa, 29 Januari 2013

Rekaan Kreatif yang Menarik

Idea kreatif seseorang pereka tidak pernah kering. Ada sahaja yang terfikir oleh mereka untuk menjadikan sesuatu benda atau peralatan itu kelihatan menarik, unik dan memudahkan pengguna. Kreativiti mereka mencipta kadangkala kelihatan sungguh "simple" tapi begitu mengujakan, anggun dan eksklusif. 
Lihat sahaja rekaan-rekaan berikut yang bertemakan peralatan dapur yang sungguh kreatif dan memudahkan  serta menarik sesiapa sahaja untuk menggunakannya.
 
 
 
 
 
 
 
Sebuah mangkuk yang berfungsi sebagai tempat mengisi dan membuang sisa atau kulit sesuatu makanan hanya di dalam satu bekas. Sungguh menarik sekali rekaan ini, tampak moden yang menarik sekali.
 
Rekaan ini amat sesuai sekali bagi suri rumah yang ingin membuat kerja penyediaan bahan masakan hanya di atas kerusi sambil anda memerhatikan anak anda di ruang tamu. Ia juga sesuai bagi mereka yang tidak ada meja di dapur. Sungguh berguna dan menarik. 
 

Sebuah mangkuk yang memberikan anda kemudahan untuk menghidangkan dua jenis hidangan dalam satu masa. Tidak perlulah anda menggunakan 2 bekas yang berbeza, Mudah kan... Idea rekaan yang nampak biasa tapi keunikan bentuknya membuatkan ia tampak ekslusif sekali.

 
 
Rekaan yang eksklusif dan unik ini sungguh mempersonakan. Rekabentuknya yang menawan mempunyai nilai kesenian yang amat tinggi. Pasti sesiapa sahaja akan tertawan dengan bentuknya yang menampakkan kemodenan dan mewah.

Set cawan yang sungguh comel ini mungkin sesuai bagi mereka yang sedang berdaet. Hidangan air dan biskut di jamu serentak tanpa perlu pinggan tambahan.  

 
 
Alas pemotong yang memudahkan anda untuk mengasingkannya bahan yang di potong dari alas tanpa perlu memindahkannya kedalam bekas lain. Memudahkan serta mempercepatkan kerja anda. 

Satu lagi rekaan yang sungguh menawan dan kreatif. Dengan hanya satu bekas anda boleh makan dimana sahaja tanpa menyepahkan sisa atau kulit merata-rata atau memerlukan bekas sampah. Rekaan yang "elegance" tapi sangat berguna.

 
 
Rekaan alas pemotong yang di sekalikan dengan penimbang. Sesuai bagi mereka yang memerlukan ketepatan bahan di dalam masakan dan tanpa perlu memindahkannya untuk di timbang. Sungguh memudahkan kerja. 

 
 
Berikut pula alat pemotong yang tidak memerlukan anda menyediakan bekas kerana ianya boleh di ceraikan umpama puzzle lalu menjadi alas kepada makanan tersebut. Satu rekaan yang begitu kreatif.

 
 
Satu lagi rekaan bekas yang yang mempersonakan, jika ianya di hidangkan kepada tetamu anda, pasti mereka akan teruja. Ia juga mengambil tema rekaan 2 dalam 1 tetapi dalam rupa bentuk yang sedikit berbeza dan unik.

 
 
4 jenis rekaan peralatan dapur anda yang memudahkan dan mempercepatkan kerja disamping hasilnya yang sekata malahan dapur atau pantry anda akan sentiasa kelihatan bersih dan kemas. 
Jangan tanya saya pula di mana hendak dapatkan barangan rekaan-rekaan di atas kerana saya hanya mendapatkan gambar-gambar ini untuk memberikan idea dan berkongsi dengan anda, ianya adalah dari pelbagai sumber di internet. Jika kita sentiasa berfikiran kreatif dan di luar kotak...kita sebenarnya mampu memaksimum, mempelbagai dan mencantikkan banyak benda, ruang dan peralatan di rumah yang memberikan impak yang menarik, memudahkan dan menawan.

Akhir sekali...Ingatlah bahawa semua idea rekaan ini adalah kurniaan dan anugerah Ilahi.
Alhamdulilllah... Bersyukur atas anugerah yg diberi untuk kita menikmatinya...

Admin...
http://relakssminda.blogspot.com

1 ulasan:

  1. menariknya..huhuhu teruja sgt..hope dpt satu alat dapur mcm ni.>:)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...