Gambar hiasan |
Tahukah anda mengamal minum secawan air ‘teh-o’ setiap pagi boleh
mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat
badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanannya).
Islam ada mengajar kita menjaga kesihatan dengan beramal seperti berikut :-
1. Mandi awal pagi sebelum Subuh atau
sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Suhu sejuk yang meresap
ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan
orang yang mengamalkan mandi awal pagi kebanyakan badannya tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah dijauhkan dari penyakit. (susah terkena sakit).
3. Setelah habis sembahyang Subuh disunatkan kita bertafakur
(sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh
mengelak dari sakit pening atau migrain. Ahli-ahli sains telah menemui
bukti bahawa kedudukan bersujud meningkatkan kelajuan dan isipadu darah
segar yang mengalir ke otak/serebrum (cerebral blood flow) tanpa
mengenakan tekanan. Dalam keadaan biasa terdapat beberapa millimeter
ruangan khas di otak yang sangat kekurangan bekalan darah, yang akan
diisi bila manusia bersujud sahaja.
Diet Rasulullah
Dalam Islam, Allah telah memilih Rasulullah SAW untuk menjadi model
kepada seluruh alam sejagat. Baginda juga turut diutus sebagai
penyempurna akhlak manusia. Di antara yang perlu diikuti dan hayati
bersama adalah tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW.
Antaranya :
1. Rasulullah tidak mengambil susu sewaktu baginda memakan daging, ayam, ikan, cuka atau buah-buahan.
2. Rasulullah juga tidak makan ikan bersama telur atau daun salad.
(Namun saintis menggalakkan pengambilan yogurt bersama jus buah-buahan
selagi yogurt tidak terlalu masam yang akan mengganggu perut yang
bermasalah gastrik. Yogurt sangat baik untuk menyembuhkan masalah
ketidakselesaan perut dan ketidakhadaman).
3. Rasulullah tidak memakan buah-buahan selepas memakan gandum, roti atau makanan berat sebaliknya Rasulullah memakan buah-buahan SEBELUMNYA.
4. Rasulullah melarang
manusia untuk meninggalkan makan malam. Barangsiapa yang meninggalkan
makan malamnya dia akan dimamah usia dan tahap kolestrol dalam darah dan
badannya akan berganda.
5. Rasulullah melarang manusia makan dengan banyak dan melampau. Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
6. Rasulullah sentiasa mengamalkan meminum air dengan banyak,
baginda meminta seseorang untuk sentiasa memenuhkan setengah ruang
perutnya dengan air. Nabi juga mengamalkan minum air sejuk (bukan ais)
yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Mujarabnya InsyAllah sukar
untuk mendapat penyakit.
7. Rasulullah juga mengajar supaya manusia meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan.
Baginda melarang manusia untuk bernafas (membuihkan air) dalam air yang
untuk diminum. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air
itu mungkin mengandungi kuman dan bakteria yang merbahaya kepada
manusia.
8. Rasulullah juga menyarankan untuk bersugi (memberus gigi) setiap kali untuk menunaikan solat. Rasulullah amat tidak menyukai kepada orang yang tidak bersugi setiap hari.
9. Rasululah juga turut meminta untuk berwuduk setiap kali ingin membuat perkara suci seperti solat, membaca Al-Quran, berzikir dan sebagainya.
10. Berdoa sebelum dan
setelah makan. Cuci tangan sebelum dan selepas makan dan minum dengan
memegang gelas dengan tangan kanan sebaik-baiknya sebelum makan. Jangan
meneguk air sedangkan dalam sesi menjamah makanan, minum air jika
tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini
makan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit
kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan
dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama.
11. Jangan dibazirkan
sebutir nasi/bahan makanan pun yang masih elok untuk dimakan, kerana
makanan juga turut berzikir pada Allah SWT. Rasulullah bersabda yang
bermaksud:
“Apabila salah seorang dari kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari
tangannya, hendaklah ia membersihkan apa yang kotor darinya lalu
memakannya, dan janganlah ia membiarkannya untuk (dimakan) syaitan.
[Silsilah hadits-hadits Shahih) no. 1404]
12. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk, tidak
berdiri, baik sekali makan berjemaah bersama keluarga, mahupun rakan.
Ini dianjurkan bagi kaum Muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan
berdasarkan hadis berikut:
“Berjemaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebutlah Nama Allah
padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu”. (Silsilah
Hadits-hadits Shahih no. 664).
Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan ia berkata:
Hadis ini dikhabarkan oleh Rasulullah SAW, Wahai Rasulullah, kami ini
setiap kali makan tidak pernah kenyang. Maka Rasulullah berkata: “Pasti
masing-masing kamu makan sendiri-sendiri. Orang itu menjawab: Benar, Ya
Rasulullah! Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap
makananmu.”
13. Sunnah Nabi Muhammad juga ada menyuruh untuk makan garam secubit sebelum makan untuk
menolak 70 macam penyakit, dan ambil lagi secubit dengan jari manis
tangan kanan setelah makan. Makanlah dengan tangan kanan tanpa sudu,
garfu ataupun kayu chopstick. Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan
bukan makanan yang menunggu kita.
14. “Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan kain/tuala hendaklah ia menjilati jarinya,
kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana yang
mengandungi berkat untuknya,sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai
untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat
makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya hingga menjilatinya
dengan tangan, kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandung
berkat. (Kitab Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 1404).
Berkata Imam Nawawi, tentang makna kalimat “Pada makanannya yang mana
yang diberkahi.” Ia berkata: Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk
manusia itu mengandung berkat, sedang dia tidak mengetahui apakah
berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang
melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada
suapan yang jatuh. Demikian hendaklah ia menjaga semua itu agar selalu
mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).
* Nabi meminta umatnya untuk menjamah makanan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) dan diletakkan di atas hamparan.
Makan berjamaah di atas hamparan dengan menggunakan Shahfah merupakan
salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti: ” Tidaklah makan di atas meja
makan dan tidak pula menggunakan Sukurrajah (Diriwayatkan oleh Imam
Tarmizi dalam Syamail, sahih Bukhari no. 5386 dalam kitab Fathul Bari
9/532).
Ibnu Hajar berkata: “Guru kami berkata dalam (Syarah at-Tirmidzi):
“Sukurrajah itu tidak digunakan kerana mereka (Rasulullah dan para
sahabat) tidak pernah menggunakannya, sebab kebiasaan mereka makan
bersama-sama (dengan Shahfa-pent) atau kerana makan dengan menggunakan
sukurrajah itu menjadikan mereka tidak merasa kenyang. (Al-Fath 9/532).
15. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis
hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa
enzim banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda dari
yang terdapat dalam air liur.
16. Islam melarang penganutnya
untuk meminum arak, memakan babi dan keluarganya, memakan anjing dan
keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun dan berbahaya. Islam
juga melarang umat manusia untuk memakan najis, (darah, nanah, air mazi
dan sebagainya).Serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun adalah
haram dalam Islam.
17. Rasulullah melarang untuk manusia tidur sesudah Subuh
(sesudah solat Subuh sekitar pukul 6.00 pagi sehingga solat Dhuha dalam
pukul 8.00 pagi) kerana rezeki yang berkat mula hadir ketika waktu
tersebut. Rasulullah juga melarang untuk manusia tidur selepas solat
Asar (dari sekitar pukul 4.00 petang sehingga habis menunaikan solat
Isyak sekitar pukul 8.00 dan 9.00 malam).
18. Rasulullah menggalakkan umat Islam untuk bangun menunaikan Qiyamullail (bermula sekitar pukul 3.00 pagi hingga masuk waktu solat Subuh).
19. Islam mewajibkan penganutnya untuk berpuasa pada bulan Ramadhan
selama sebulan serta disunatkan berpuasa pada hari-hari yang disunatkan
berpuasa bagi menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.
20. Apabila berpuasa, makan sahur (sekurang-kurangnya meminum segelas
air sejam sebelum solat Subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum
masuk waktu Subuh adalah diperlukan bagi menjamin kekuatan sewaktu
menjalani ibadah puasa). Manakala apabila berbuka puasa pada waktu
sebelah Maghrib pula adalah perlu disegerakan dengan memakan manisan
terlebih dahulu).
http://www.nurmuhammad.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan