Jumaat, 25 Januari 2013

Kisah Dosa & RM 1 Adik

Ni nak cerita kisah Adik yang terjumpa dengan duit RM 1 di sekolah.

Adik :   Umi, petang tadi Adik jumpa duit kat sekolah.
KA :  Lepas tu Adik ambik ke ?
Adik :  Yelah, Abah kata simpanlah.  Kalau ada orang yang tanya pulangkan atau bagi kat Ustazah.
KA :  Lepas tu !
Adik :   Tapi sampai je kat kelas, Adik bagitau kawan Adik, Adik jumpa seringgit, terus dia cakap itu duit dia.  Sebab diapun hilang duit seringgit juga. Adik bagilah pada dier.
KA :  Betul ke duit seringgit dier tu ! Boleh caya ke ?
Adik ;  Eh, tak baiklah, kalau kita x percaya. Kalau dia tipu dialah yang berdosakan bukan kita!
EN Hubby :  Lain kali Adik jangan bagitau banyak mana duit yang Adik jumpa.  Adik kena tanya dia, berapa duit dier yang hilang tu!  
Adik :  Ooooooh...........  Adik ingatkan kalau xde orang punyer Adik nak ...................
KA : Mana boleh ambil duit tu !

  
Adik :  Bukanlah !  Adik nak ....... bagilah kat Ustazah. Kalau tak Adik dermalah duit tu ! Dapat juga pahalakan!
KA : Adik, Adik...... 
 kesumaangsana.blogspot

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...