Ahad, 27 Januari 2013

Petua Memilih Kawan dari Imam al-Ghazali

 kawan2
 Bismillahirrahmanirrahim.
Bismillahillazi La Yadhurruhu Syai-un Fil Ardhi Wa La Fis-Samai Wa Huas-Sami’ul ‘Alim
 
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh kawan-kawan .Harini nak kongsi “petua memilih kawan dari Imam al-Ghazali”.Indahnya Islam, nak berkawan pun ada panduan
 
Imam al-Ghazali ada menerangkan tentang kawan yang baik dan kawan yang tidak baik..
 
 
 
 
Pertama :
PILIH kawan yang berakal.
JANGAN pilih kawan yang bodoh kerana akan menjadi musuh dan menyakitkan hati.
 
Kedua :
PILIH kawan yang berakhlak.
JANGAN pilih kawan yang jahat kerana akan dirangsang nafsu jahatnya itu..
 
Ketiga :
PILIH kawan yang soleh.
JANGAN pilih kawan yang fasik kerana akan diajar kita kepada pekerjaan dosa dan maksiat.
 
Keempat :
PILIH kawan yang bersederhana.
JANGAN pilih kawan yang tamak kerana akan menjadi racun yang berbisa kepada sifat pemurah.
 
Kelima :
PILIH kawan yang bercakap benar.
JANGAN pilih kawan yang selalu bercakap bohong kerana akan memusnahkan jiwa.
 
Ahaaa siapa kata tak perlu memilih kawan ? Nabi Muhammad s.a.w pun ada pesan taw,
Daripada hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
 
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
blogammar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...