Khamis, 24 Januari 2013

Resepi - Terung Bulat Masak Berlada

Img_4885

Bahan-bahan

  • 4 biji terung bulat berwarna hijau di belah 4 (terung ulam) 4 biji cili api 3 biji cili merah 3 ulas bawang merah sedikit belacan atau udang kering tidak berkulit 1 biji bawang besar di hiris membulat 300 gram udang basah dibuang kulit 2 sudu besar 



Cara-cara

1. terung yang telah dibersihkan dan dibelah empat digoreng hingga masak dan agak kekuningan
 
2. Bahan-bahan seperti ciliapi, cili merah, bawang merah, belacan atau udang kering di kisar kasar.
 
3. Panaskan sesudu minyak masak dan tumis bahan yang di kisar sehingga garing dan naik baunya
 
4. Masukkan udang basah yang sudah dibersihkan dan kacau hingga masak 
 
5.. Masukkan air asam jawa, garam, gula atau serbuk perasa mengikut selera, sesedap rasa dan kacau hinga sebati dan agak pekat
 
6.. Masukkan bawang besar yang telah dihiris kacau 6. Akhirnya masukkan terung yang telah digoreng tadi dan gaul rata..

myresipi.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...