'' Sekali kita bersahabat, Syurga adalah muaranya ''
Mungkin itulah
kata-kata hikmah yang menjadi prinsip hidup bagi kawanan burung ini.
Walaupun berada di musim dingin, ke mana sahaja mereka pergi, pasti akan
bersama. Contohilah perlakuan mulia mereka, kerana tinggi balasan yang
akan Allah SWT berikan kepada mereka yang bersahabat kerana-Nya.
Dinukilkan di dalam Sahih Bukhari, bahawa Nabi SAW telaha bersabda :
“Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya
di hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya. (1) Pemimpin yang adil (2) Pemuda yang
sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya (3) Orang yang hatinya sentiasa
berpaut pada masjid-masjid (4) Dua orang yang saling mengasihi karena Allah, keduanya
berkumpul dan berpisah karena Allah, (5) Seorang lelaki yang
diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang
cantik untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata, ‘Aku takut kepada Allah!’, (6) Seorang
yang memberi sedekah tetapi dia merahsiakannya seolah-olah tangan kiri tidak tahu
apa yang diberikan oleh tangan kananya, (7) Seseorang yang mengingati Allah di waktu
sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya”
P/S - Foto dirakamkan di Pembrooke, New York
KARYAWANBISUBLOGSPORT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan