Salam
Maulidur Rasul ..Selamat bercuti jugak la akak ucapkan pada yang
bercuti tu..Dan pada yang bekerja bila orang lain cuti ,
buat la kerja anda.
Tema tahun ini.
Selari dengan perkembangan di zaman arus pemodenan, tema sambutan Maulidur Rasul : WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH.
Sebagai seorang daripada jutaan
umat Muhammad, kita patut menyambutnya dengan memahami konsep dan tahu
apa tujuan mengapa kita menyambut maulidur rasul setiap tahun. Bukannya
kita terikut-ikut dengan budaya orang lain tetapi kerana kita sedar
bahawa penyatuan ummat perlulah berasaskan kepada ciri-ciri yang baik
dan murni dan salah satunya adalah dengan Wasatiyyah yang jitu.
Disebalik maksud tema.
Secara ringkasnya merujuk kepada
pertengahan atau sederhana. Apabila kita fikirkan sejenak, sememangnye
dengan menjadikan kesederhanaan dalam kehidupan setiap insan dapat
melahirkan generasi yang lebih baik sekali gus dapat menjadi tonggak
dalam menyatukan ummah.
Contoh yang senang dalam pertuturan kita
apabila contohnya, berbicara atau pun dalam berceramah dan sebagainya.
Kita perlu lihat dengan siapa kita bercakap, perlu berhati-hati dan
bersifat sederhana. Bukan hanya dengan membabi buta, cakap sampai ada
mengguris perasaan mereka yang mendengarnya. So, perlu kita masukkan
unsur-unsur yang lain, yang mana dapat menyatukan ummah kita ini
disamping kita bercakap kita sedar dan tahu apa yang kurang dan harus
diperbetulkan.
Memang betul, bukan suatu yang mudah,
tetapi kita tahu dalam menyatukan ummah yang punyai fahaman dan pendapat
yang berbeda, harus kita cari dan dalami Al-Quran yang kita pegang
selama ini sebagai panduan hidup.
http://zikrihusaini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan