Masalah ketuat yang selalu dipandang remeh !.
Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang kawasan yang
dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus
dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan. Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma
(HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit
yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang
sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai
masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem
pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga
kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.
Jenis-jenis ketuat
Terdapat lebih 150 jenis ketuat yang dikelaskan berdasarkan tempat jangkitan:
- Ketuat biasa
- Ketuat kaki (Plantar warts)
- Ketuat filiform (Filiform warts)
- Ketuat planar
- Ketuat kelamin Genital warts
Rawatan ketuat
Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak
acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan
ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun,
pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan
menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti
kawasan lain.
- Salap asid salisilik
- Terapi cryo
- Podophyllin
- Interferon & asid trichloracetic (TCA)
- Pembedahan membuang ketuat
Nak hilangkan ketuat ?....
Yang ini cara paling mudah tapi kena rajin sikitlah!. Kalau ada minyak
masak yang telah digunakan dan berwarna hitam tu, jangan dibuang dulu.
Sapukan pada ketuat tu 1 - 2 hari sekali. Ulang lagi sampai ketuat tu
hilang!. InsyaAllah!. KA pun ada terbaca di satu blog lain yang
syorkan petua yang lebih kurang sama.
Satu lagi, orang kata boleh juga gunakan kapur sirih. Sapukan sedikit
dan biarkan kering. Lakukan beberapa kali hingga ia tanggal dengan
sendirinyer!
So, boleh dicubalah, yang penting kita hanya berusahakan !
kesumaangsana.blogspot.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan