Isnin, 21 Januari 2013

Gambar Arnab Comel Yang Sangat Lucu Dan Cute!


Selain kucing, arnab juga sering dijadikan haiwan peliharaan di rumah.

Sebelum ini saya tak adalah minat sangat dengan arnab, tapi lepas tengok gambar-gambar arnab di internet, saya rasa comel juga arnab ni sebenarnya, mungkin lebih comel sedikit daripada kucing sebab badan dia bulat-bulat sikit kan. Hehe.

Arnab merupakan haiwan yang terdiri daripada keluarga mamalia dan terdapat beberapa jenis spesis arnab. Tahukah anda, haiwan pika yang menjadi inspirasi kepada Pikachu dalam kartun Pokemon itu sebenarnya adalah salah satu daripada keluarga arnab. Tapi sayangnya, pika sekarang sedang mengalami ancaman kepupusan.
 
 
 
 
Arnab sebagai haiwan peliharaan di rumah merupakan sejenis haiwan yang agak sosial, mereka boleh bergaul bersama spesis lain seperti manusia, arnab lain, burung, hamster, dan juga anjing dan kucing. Namun bagi anjing dan kucing, arnab-arnab ini haruslah dijaga dan diperhati kerana berkemungkinan ianya akan diserang oleh kedua-dua haiwan tersebut. Kesian juga arnab ni, kalau lepak dengan anjing atau kucing mesti selalu kena buli, hehe.

Selain itu, antara fakta-fakta menarik haiwan yang comel ini antaranya adalah gigi mereka tidak akan berhenti tumbuh, mereka boleh melihat di belakang mereka namun terdapat titik buta pada pandangan hadapan, mempunyai kemungkinan untuk mati apabila terlalu takut ketika berhadapan dengan pemangsa dan terdapat mitos mengatakan kaki arnab yang dibuat tangkal boleh mendatangkan tuah (syirik ni, haha).

Tahukah anda, arnab juga dibela untuk dijadikan makanan terutamanya di negara China. Tapi rasanya yang dimakan itu adalah arnab-arnab liar, tak akanlah mereka sanggup nak makan arnab yang comel-comel macam kat bawah ni.

Jadi sesiapa yang terasa macam nak membela arnab tu, bolehlah tengok gambar-gambar arnab comel dan cute yang lucu di bawah ni. Saya pun terasa macam nak bela seekor pula.
anak-arnab-comel 
 
arnab-dalam-bakul 
 
arnab-cute 
 
anak-arnab-cute 
 
arnab-comel-muka-sedih 
 
anak-arnab-putih-comel 
 
arnab-berdiri-lucu 
 
arnab-telinga-panjang 
 
arnab-bulu-warna-warni 
 
arnab-comel-bercium 
 
gambar-tiga-ekor-arnab 
 
arnab-putih-makan-rumput 
 
arnab-comel-menyorok-bawah-selimut 
 
arnab-makan-rumput 
 
arnab-cute 
 
dua-ekor-arnab-bercium 
 
arnab-comel 
 
arnab-lucu-terjatuh 
 
arnab-dalam-cawan 
 
arnab-dan-anak-anjing 
 
arnab-dan-anak-ayam 
 
arnab-dan-anak-kucing 
 
arnab-dan-anak-patung 
 
arnab-dan-anak 
 
arnab-dan-kura-kura 
 
arnab-kecil-comel-berdiri 
 
dua-ekor-arnab-dalam-cawan 
 
arnab-di-padang-rumput 
 
arnab-melompat 
 
arnab-gemuk-makan-sayur 
 
arnab-lucu-pura-pura-mati 
 
anak-arnab-putih-comel 
 
arnab-putih-cute 
 
arnab-putih-di-padang-rumput 
 
arnab-comel-makan-rumput 
 
arnab-telinga-panjang 
 
arnab-comel-telinga-panjang 
 
sekumpulan-arnab 
 
tiga-ekor-arnab 
 
arnab-lucu-minta-peluk
kfein.blogspot.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...