Jumaat, 25 Januari 2013

cerpen : Nisa' itu...

Nisa' itu termenung lagi..tiada siapa yang memahami melainkan Allah..sebak di dada ditahannya..air mata diseka dari terus mengalir..sudah tidak tertahan lagi kesedihan di dada..dia menangis sendirian..hidupnya sejak akhir2 ini diselubungi kesedihan...
Nisa' itu ketakutan..takut yang amat sangat..memikirkan kehidupan akhiratnya..tentang kematian..tentang hari perhitungan bersama Rabbnya nanti..air mata menitis lagi...lebih2 lagi apabila memikirkan tentang ahli keluarganya..dia menghitung sendirian..mampukah dia membawa dan membimbing orang yang disayangi menuju jalan cinta Illahi..?..mengamalkan cara hidup seperti yang di tuntut oleh islam..air mata dia menitis lagi..sebak di dada..dia merasakan dirinya keseorangan.







.Allahuakhbar...kerana tiada siapa memahami..hanya Allah... Hatinya dipalit rindu kepada Ilahi apabila doktor mengesahkan tentang penyakit yang dihadapinya..dia merasakan hidupnya hanya untuk Illahi..Nisa' itu hanya mahukan cinta Allah sebelum menghembuskan nafas terakhir..sejak akhir2 ini..hatinya terlalu sensitif.Hatinya selalu merindukan teman2..rindukan insan yang disayangainya..

Nisa' itu cuba untuk tidak membuka cinta di hati ntuk mana2 rijal..kerana dia hanya mahukan cinta Ilahi..semakin kuat dia mengejar cinta Allah semakin kuat ujian yang datang..dia rebah..dia x terdaya lagi..tetapi dia x sanggup meninggalkan insan yang disayanginya terkapai-kapai mencari Allah..dia mahu sebelum menghembuskan nafas terakhir, insan2 yang disayanginya merasakan cinta Illahi..nisa' itu mahu menjadi menara hidayah bagi insan2 yang disayanginya..namun...mereka x mangerti akan perjuanganya..hanya teman sejati yang mengerti..dia sedih..tetapi nisa' itu kembali muhasabah diri.. bahawa dia bukanlah pemilik hidayah..hanya Allah pemilik hidayah..sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri x mampu memberikan hidayah kepada insan yang terhampir dengan Baginda iaitu Abu Talib..

Nisa' itu pandai menyembunyikan rahsia hatinya..sahabat2 langsung x dapat mengesan kesedihan hatinya..pandai dia menyembunyikan semuanya..di mata sahabat dia merupakan seorang yang tenang..tidak sahabat...dia cuma x mahu menyusahkan orang lain..walaupun bibirya tersenyum tatkala bersama sahabat2 tetapi apabila keseorangan dia akan menangis..mengenangkan insan yang disayanginya...yang telah hanyut dengan dunia..hatinya hancur..remuk..kerana dia tahu hidup ini hanya sementara..

Sejak akhir2 ni dia selalu sakit2..hatinya merintih kepada Ilahi..dia akan tersenyum tatkala melihat Al Quran..kerana dia tahu al Quran itu penawar kepada panyakit...dia hanya berserah..dia nekad cinta di hati hanya untuk Allah..dia tidak mahu lagi memikirkan cinta rijal..biarkan dia mengejar cinta Allah selagi hayatnya masih dikandung badan..kerana dia yakin jika tiada jodoh di dunia pasti berjodoh di akirat kelak..tetapi andai telah tertulis akan jodohnya di dunia dia terima...


Ya Allah, aku takut menjadi hamba-Mu yang berdosa, tetapi aku lebih takut tergolong dalam hamba yang berbangga dengan dosa-dosanya...

Kawan kawan
Ketika aku menulis disini
Aku berasa amat berdosa
Bukan tujuan ku mengadu pada kamu semua,
Tapi sekadar mengingati diri yang hina
Yang sangat berdosa..
Disamping mngingati sesama kita yg semakin hanyut melupakan dia

Kawan-kawan
Kadang kadang aku terlupa & terleka
Kerana punya jiwa yang tiada istiqamah padaNya..
Seringkali berulang melakukn dosa..
Tanpa mmikirkn Dia..


Kawan kawan
Kadang kadang aku lupa & alpa dgn dunia
Merasa diri berkuasa kerana terhijab..
Merasa celik tp sebenarnya buta..
Merasa gagah tp sebenarnya aku tiada apa apa..
Sebaliknya semua milikNya..

Kawan kawan
Kadang kadang aku terleka & bangga dgn amalan
apalah sgt amalanku jika dibanding dgn khidmatNya
Mengerakkn jatung dan nafasku setiap masa,tanpa henti-henti memberi rahmatNya..
Kerana Ar-Rahman & Ar-Rahim kepada hambaNya..
Walhal aku sendiri seringkali melupakanNya..

Kawan kawan
Aku sangat takut kawan kawan..
Bagaimana jika aku dipanggil bertemu Dia..
Cukupkah amalanku walhal sebenarnya itu bukan amalanku..
Cukupkah amal jariahku walhal itu adalah ehsanNya padaku..
Cukupkah semua itu walhal semua itu adalah daripadaNya..

Aku brasa sngat berdosa ketika ini Ya Allah Ya Tuhanku..
kawan kawanku..
Marilah memaafi sesama kita..
berdoa kepadaNya..
Agar kita semua iaitu hamba hambaNya..
Dapat mengadap kepadaNya..
Bukan dalam keadaan bangga dengan amalan,sedekah jariah dan apa saja..
kerana itu hakikatnya adalah hakNya..
Tapi ckuplah dengan sekeping hati yang hina disisiNya yg sangat CINTA dan RINDU akan Dia...

Ya Allah ampunilah dosa dosa kami dan datangkan lah rasa rindu dan cinta pada MU itu kepada kami semua

Ya Allah tiada yang lain melainkan Mu YA Allah...
Hanya keredhaan Mu yang aku harapkan...



Apabila seseorang itu redha dengan kesakitan, maka kesakitan itu akan menjadi penghapus dosa-dosanya ( Hadis Riwayat Bukhari )
 slamituindah-muslimah.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...