Sabtu, 26 Januari 2013

Sejarah - Panglima-panglima Yang Memeluk Islam..

Count Cassius

Count Cassius adalah bangsawan daripada bangsa Visigoth. Visigoth adalah bangsa yang pernah menganut ajaran Kristian Arianisme sebelum raja Visigoth bermazhab Arian terakhir, Reccared I menukar mazhab kepada Katholik pada tahun 589.
Count Cassius menganut Islam pada tahun 714 hanya selepas penaklukan Bani Umayyah di Semanjung Iberia, Sepanyol. Count Cassius mengucap kalimah syahadah di hadapan kadi Zaragossa, Hassan ibn Yassar al-Hudhali.
Beliau adalah induk kepada jalur keturunannya sendiri di Andalusia iaitu Dinasti Bani Qasi. Qasi sendiri merujuk kepada namanya iaitu Cassius.





Berke Khan(1257-1266)
Berke Khan adalah pemerintah dan panglima keturunan Mongol yang berkuasa di Golden Horde. Beliau adalah salah seorang anak lelaki kepada anak sulung Genghiz Khan, Joshi. Berke memeluk Islam melalui seorang ulama sufi, Saifuddin al-Darwish selepas satu dialog antara mereka berdua di Bukhara. Sepertimana datuk dan ayahnya yang bergitu toleransi terhadap pelbagai agama, Berke Khan menerima nasihat Saifuddin al-Darwish dengan hati terbuka. Dengan hidayah sudah sedia meresap ke dalam jiwanya, Berke Khan terus mengucap dua kalimah syahadah.

Susulan pemelukan Islam oleh Berke Khan, wilayah penguasaanya iaitu Golden Horde(Kazakhtan kini) telah bersinar syiar Islam. Berke Khan benar-benar menjiwai Islam apabila sanggup menentang kaumnya sendiri iaitu sepupunya, Hulagu Khan daripada terus membuat khianat kepada wilayah-wilayah Islam. Berke Khan dan ribuan tenteranya yang beragama Islam telah berjuang bersama-sama tentera Mamluk memerangi tentera Hulagu Khan dan panglima Kristiannya, Kitbuqa dalam Pertempuran Ain Jalut.

Dalam pertempuran itu, Kitbuqa yang menganut mazhab Nestorian telah terkorban. Susulan kekalahan tentera Hulagu Khan di Ain Jalut, keganasan Mongol terus beransur reda dan Islam terus berkembang di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Berke Khan.

Berke Khan adalah antara perintis utama kepada penyebaran agama Islam di wilayah-wilayah kekuasaan Mongolia.

Berke Khan


Tekuder(meninggal dunia pada 1284)

Beliau adalah panglima dan raja berketurunan Mongol. Beliau adalah anak kepada Hulegu Khan dan abang kandung kepada Abaqa Khan. Tekuder lahir sebagai seorang Kristian bermazhab Nestorian dengan nama Nicholas Tekuder Khan. Namun, ketika remaja, Tekuder memeluk agama Islam sepertimana yang berlaku kepada bapa saudaranya, Berke Khan dan sepupunya Nogai Khan. Selepas memeluk Islam, Tekuder telah menukar namanya kepada Ahmad Tekuder.

Pada tahun 1282, Tekuder telah menaiki takhta kerajaan Ilkhanate yang diwarisi oleh bapanya Hulegu Khan. Disebabkan beliau adalah seorang muslim, Tekuder menukar sistem monarki lama tinggalan bapanya kepada sistem monarki Islam. Beliau menggelarkan dirinya Sultan Ahmad. Beliau giat menyebarkan Islam di wilayah kekuasaanya.

Insiden ini bagaimanapun telah memberi tamparan hebat kepada anak saudaranya, Arghun Khan. Arghun Khan yang merupakan seorang Buddha telah meminta pertolongan Kublai Khan di China. Namun, ia segera dimurkai oleh Kublai Khan kerana Kublai Khan menganggap tali persaudaraan antara Tekuder dan dirinya masih dekat berikutan Kublai Khan dan bapa Tekuder, Hulegu adalah saudara kandung.

Arghun Khan kemudian secara bersendirian merampas takhta daripada Tekuder dengan bantuan saudara-saudara seagamanya. Berlawanan dengan Tekuder, Tekuder gagal meraih pertolongan secara total daripada Kerajaan Mamluk di Mesir sehingga Tekuder hampir bersendirian menentang Arghun Khan. Tekuder kemudian syahid di tangan anak saudaranya sendiri selepas dihukum pancung pada 10 Ogos 1824.

Tekuder Khan menerima kunjungan daripada duta.


Nogai Khan(meninggal dunia pada 1299)

Beliau adalah panglima dan pemerintah berketurunan Mongol. Susur galur keturunannya sampai kepada Genghiz Khan melalui ayahnya yang juga anak ke-7 Joshi. Joshi adalah anak lelaki paling tua kepada Genghiz Khan. Beliau juga dikenali dengan Isa Nogai.

Nogai memeluk agama Islam melalui bapa saudaranya, Berke Khan. Waktu paling tepat beliau memeluk Islam tidak dipastikan tetapi besar kemungkinan pada sekitar tahun 1250-an.

Selepas memeluk Islam, Nogai Khan telah berjuang menyebar Islam di samping meluaskan empayar Mongol milik keturunannya. Nogai Khan diingati sebagai seorang panglima yang berusaha memasuki wilayah-wilayah di Eropah bersama-sama tentera-tentera Mongolnya. Antara negara Eropah yang pernah diperanginya adalah Poland(1259 and 1287),Lithuania (1259, 1275 dan 1277), Byzantine(1265, 1324 dan 1337), Bulgaria (1242, 1271, 1274, 1280 dan 1285), Kingdom of Hungary (1280-an), Serbia (1293).


Pertempuran antara Nogai Khan dan Toqta Khan.


Mahmud Ghazan (5 November 1271 –  10 Mei 1304)

Mahmud Ghazan adalah pemerintah dan panglima berketurunan Mongol. Beliau adalah anak lelaki kepada pasangan Arghun and Quthluq Khatun. Jalur keturunan Mahmud Ghazan sampai terus kepada Hulagu Khan sehingga kepada Genghiz Khan. Mewarisi takhta daripada bapanya, Arghun, Mahmud Ghazan telah menaiki takhta kerajaan Mongol-Iikhanate(Iran kini) pada 1295 sehingga kematiannya pada tahun 1304.

Mahmud Ghazan memeluk Islam selepas dipujuk oleh Nawruz. Nawruz juga berketurunan Mongol tetapi telah memeluk Islam lebih awal sebelum Mahmud. Peristiwa pemelukan Islam oleh Mahmud diselubungi kontroversi kerana adalah pakar sejarah Islam menyatakan bahawa Mahmud Ghazan hanya memeluk Islam untuk meraih sokongan Nawruz bagi menolongnya menghapuskan musuh yang juga sepupunya, Baydu. Miskipun demikian, pemelukan agama Islam oleh Mahmud membolehkan Islam berkembang luas dek populariti Mahmud Ghazan.

Mahmud Ghazan diselubungi kontroversi dan insiden pengkhianatan yang dicetus daripadanya. Antaranya adalah apabila Mahmud Ghazan bersengkokol dengan golongan Kristian di Eropah untuk menghapuskan dinasti Mamluk. Bergitu juga apabila Mahmud Ghazan cuba untuk menjarah kota Baghdad dan Syria sehingga beliau telah ditegur oleh Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyyah. Ibnu Taimiyyah yang terkenal dengan sifat berani kerana benar telah bangkit bersuara sedangkan yang lain takut dengan kekejaman Mahmud Ghazan, Ibnu Taimiyyah berkata,

“Kamu mendakwa bahawa kamu adalah muslim dan bersama kamu adalah golongan Mu’adhdhins, Mufti, Imam dan Sheikh-sheikh, tetapi kamu menyerang kami dan sampai ke negara kita(negara-negara Islam) untuk apa? Walaupun bapa dan datuk kamu, Hulagu(Khan) bukan orang-orang yang beriman, mereka(sekurang-kurangnya) tidak menyerang kita dan mereka menunaikan janji mereka. Tetapi kamu(pula) berjanji dan menyalahi perjanjian kamu “

Namun, ia tidak diendahkan oleh Mahmud Ghazan. Tentera Mahmud Ghazan hanya berhenti memerangi negara Islam setelah dikalahkan oleh tentera Mamluk di Damsyik dalam pertempuran yang dikenali Pertempuran Marj al-Saffar pada April 1303.
(Moga Allah swt mengampuni dosa Mahmud Ghazan).

Makam Mahmud Ghazan


Radu III(1435 – 1475)

Radu III juga dikenali dengan Radu the Fair dan Radu the handsome. Namun, beliau lebih terkenal sebagai adik bongsu kepada Vlad Tepes. Vlad Tepes adalah asal-usul watak seram Dracula. Selain daripada Vlad Tepes, Radu juga mempunyai dua adik tiri iaitu Mircea II dan Vlad Călugărul. Selain daripada Radu III, kesemua adik beradiknya beragama Kristian. Terdapat riwayat menyatakan Vlad Tepes pernah menganut Islam namun murtad untuk kembali menganut agama Kristian.

Radu III memeluk agama Islam setelah berlaku perjanjian antara bapanya, Vlad II Dracul untuk menghantar dua anak kandungnya, iaitu Vlad Tepes dan Radu III ke istana Othmaniyyah. Ia adalah ikatan bagi mengukuhkan pakatan antara Vlad II Dracul dengan kerajaan Othmaniyyah bagi meneruskan cita-cita Vlad II Dracul meraih takhta Wallacia.

Walaubagaimanapun, Vlad II Dracul telah dibunuh oleh John Hunyadi, seorang raja daripada Hungary. Kemudian, Vlad Tepes telah dihantar kembali ke Wallacia bagi menuntut kerajaan bapanya. Namun, Radu III tidak menyertai abangnya kerana lebih berminat untuk bersama rakan akrabnya, Sultan Muhammad al-Fatih. Bersama-sama Sultan Muhammad al-Fatih, Radu III telah berjaya menumpaskan kota Constantinople pada tahun 1453. Bagi menghargai jasa Radu III, Sultan Muhammad al-Fatih menugaskannya untuk mengelapai unit elit Janissari.

Pada tahun 1456, Vlad III telah menaiki takhta Wallacia setelah menumpaskan Vladislav II. Namun, Vlad III telah menggunakan kekuasaanya untuk menentang kerajaan Othmaniyyah. Menyedari hal itu, Sultan Muhammad al-Fatih mengarahkan adik kandung Vlad III, Radu III untuk memeranginya. Ternyata Radu III tidak mengendahkan hubungan persaudaraan antaranya dengan Vlad III setelah berjaya menumpaskan tentera pimpinan abangnya.

Radu III telah dilantik menjadi penguasa Wallacia daripada tahun 1462 sehingga 1473. Pada 1475, Radu III kembali ke rahmatullah ketika usia baru sahaja mencecah 40 tahun.

Radu III


Ibrahim Bey(1735-1817)
Ibrahim Bey adalah komander berpengaruh dinasti Mamluk di Mesir pada abad ke-17. Ibrahim pada asalnya adalah seorang kanak-kanak Kristian daripada Georgia. Bapanya adalah paderi utama di tempat lahirnya. Beliau kemudian diculik oleh seorang lelaki dan kemudian dijual sebagai hamba di Mesir. Kemudian, beliau telah dilatih oleh seorang daripada puak Mamluk untuk menjadi panglima mereka. Ketika ini beliau telah pun memeluk agama Islam.

Meningkat dewasa, beliau menunjukkan keperwiraannya sehingga menjadi komander kesayangan Muhammad Bey Abdul Wahab. Dengan sifat berani dan bijak mengaplikasi taktik sewaktu berperang, beliau telah menerima gelaran Bey di belakang namanya yang merujuk kepada ‘wira’ atau ‘lord’.

Ibrahim Bey bertanggungjawab mempertahankan tanah Mesir daripada ancaman Nepoleon Bonarparte daripada Perancis sewaktu Pertempuran Piramid dan Pertempuran Heliopolis. Walaubagaimanapun, Ibrahim Bey kalah dalam kedua-dua pertempuran tersebut.

Kekalahan tersebut menyebabkan Ibrahim Bey hidup dalam perlarian. Musuh lamanya, Muhammad Ali Pasha daripada Dinasti Othmaniyyah telah memburunya dan panglima-panglima Mamluk yang lain. Namun, Ibrahim Bey terselamat. Ibrahim Bey dilaporkan meninggal dunia pada tahun 1817.

Banglo Ibrahim Bey di Pulau Rudah.


Jacques-François de Menou(3 Sept 1750 – 13 Ogos 1810)

Beliau adalah jeneral semasa pemerintahan Nepoleon Bonarparte. Beliau pernah memegang peranan sebagai gabernor Perancis di Mesir susulan pembunuhan jeneral kesayangan Nepoleon, Jean Baptiste Kléber pada 14 Jun 1800. Kléber telah dibunuh oleh seorang pelajar berbangsa Syria, Sulaiman al-Halabi. Kléber meninggal dunia serta merta akibat tikaman yang cukup dalam di jantung.

Beliau memeluk agama Islam sebaik sahaja Perancis melepaskan Mesir kepada British dan sekutunya, tentera Othmaniyyah dan Mamluk pada Ogos 1801. Beliau menukar namanya dengan nama arab, Abdullah Menou. Abdullah Menou pernah berkahwin dengan wanita tempatan Mesir bernama Siti Zubaidah.


Jacques-François de Menou



Omar Pasha(1806-1871)
Omar Pasha adalah jeneral dan gebenor Dinasti Othmaniyyah. Beliau yang dilahirkan dalam keluarga Kristian Orthodox sebagai Mihajlo Latas berasal daripada etnik Serb/Croat. Beliau telah memeluk agama Islam sewaktu berada di Bosnia pada 1823 setelah melarikan diri daripada disabitkan dengan penyelewengan.

Setelah memeluk Islam, beliau menukarkan namanya kepada Omar. Omar kemudian dengan pantas mendaki pangkat daripada tentera bawahan kepada jeneral angkatan Othmaniyyah. Omar Pasha telah mengukir namanya di sejarah Dinasti Othmaniyyah setelah berjaya menumpaskan pemberontakan di Albania(1843), Kurdistan(1846) dan Bosnia(1850). Bersama-sama pakatan daripada Perancis, Britain dan negara-negara Sardinia, Omar Pasha berjaya menumpaskan angkatan Russia dalam perang tidak simetri yang dikenali Crimean War(Oktober 1853 – Februari 1856).

Omar Pasha


Suleiman Pasha (Mei 1788 – 12 Mac 1860)

Beliau adalah komander tentera Nepoleon Bonaparte yang bertanggungjawab menumpaskan Mesir semasa pertempuran Piramid dan Pertempuran Heliopolis. Beliau dilahirkan di Lyon, Perancis dengan nama Joseph Anthelme Sève.

Beliau telah memeluk Islam sewaktu penjajahan Perancis di Mesir. Sewaktu Perancis menyerah kalah pada 1880-an, ramai rakan-rakannya pulang ke tanah air. Namun, beliau nekad untuk berada di Mesir bagi membantu Mesir membina unit tentera sendiri mengikut acuan gaya Eropah.

Di Mesir, beliau telah berkahwin dengan Maria Mariam Hanem dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Suleiman Pasha
takusahrisaublogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...