Sabtu, 26 Januari 2013

Homemade twisties (mesti cuba)

Assalamualaikum..
Hello semua apa khabar? hope semua sihat..esok cuti apa rancangan korang? ha pada yang duduk kat rumah tu apa kata korang cuba buat twisties…Macam gambar kat bawah ni…. Senang je tau..

twisties2
Mula tu terkejut juga eh boleh buat sendiri ke.. bila google resepi lah senang je nak buat.. Kredit untuk blog NI sebab aku tengok resepi dari situ hahahaha..






Bahan-bahan

- 1/3 keping laksa kering
- 20-22 sudu besar nestum original
- 2 sudu besar serbut pati ayam tumix (secukup rasa pun boleh)
- Minyak masak secukupnya untuk menggoreng
 
 
 
 
Yang aku buat ni semangkuk laksa kering and bahan-bahan yang lain semua aku letak separuh.Ehemm ehemm maklumlah baru belajar nak buat hehehe.So buatlah sikit-sikit dulu kang tak jadi membazir pulak kan..

Cara-cara :

Patahkan laksa jadi kecik-kecik
 
 
 Panaskan minyak..biar betul-betul panas ye..lepas tu goreng laksa tu..(macam goreng keropok)
 
 
 Kisar nestum & serbuk pati ayam sehingga halus….kemudian   
campuran yang dah dikisar di letak bersama dengan laksa yang digoreng ke dalam bekas bertutup..
goncangkan sampai serbuk sebati dengan laksa
 
 
 
 Tadaaa…dah siap….
 
 
ni perisa ayam
 
 
ni perisa kari just tambah serbuk kari masa nak kisar tu..
 
 
Ni bahan-bahan yang memang dah ada kat rumah. Nak sedap lagi korang boleh campur cheese powder.
 
 
 
Okey selamat mencuba
 nurulnamasaya.blogspot.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Anda Berkenan .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...