Khamis, 24 Januari 2013

Modifikasi SUV Toyota Paling Gempak

Bagi kenderaan bertaraf SUV, modifikasi pada bahagian luaran mungkin kelihatan tidak banyak untuk diubahsuai, namun pada bahagian dalaman, dengan sentuhan sedikit gaya ekslusif, ia boleh menjadi modifikasi kenderaan yang paling menarik..Nak tahu macam mana, meh usha kat bawah ni..



Pemilik kenderaan SUV, Toyota Sequoia ini telah menghabiskan sebanyak £100,000 untuk menambah modifikasi seperti bar, TV LCD, komputer tablet, kerusi kulit, perisai pada bahagian luar kenderaan dan lain-lain lagi.


Perisai pada bahagian luar kenderaan pula mampu menahan serangan senjata berat seperti senapang berkaliber 7.62x51mm, bom tangan dan periuk api.

Kim Pemberton, Pengarah Jualan di Mobile Lexani Motor berkata, "Kenderaan model Toyota Sequoia ini merupakan salah satu hasil kejayaan kerja kami kepada pemilik yang merancang untuk menghantar satu lagi model kenderaan untuk melakukan pengubahsuaian yang sama"

"Model lain yang popular untuk dilakukan proses ubahsuai ialah Cadillac Escalade ESV, Suburban Chevrolet, GMC Yukon dan Denali"

"Para pelanggan kami terdiri daripada golongan professional muda dan para pemimpin negara yang menghargai kemewahan dan inginkan keunikkan yang tidak didapati pada orang lain"

Ujarnya lagi, "Pembelanjaan untuk mengubahsuai sebuah kenderaan di sini bernilai kira-kira  
£150,000 bergantung pada pilihan modifikasinya"

Katanya lagi, rekaan modifikasi ini akan dibuat dengan tangan dan kadang-kadang memerlukan masa yang banyak untuk menyediakan bahan-bahannya.

 

 

 


p/s: Memang gempak habis..
drysheetblogsport

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...