Selasa, 12 November 2013

Ciri-Ciri Wanita Hantaran RM20 Ribu

(Gambar hiasan)
As-Salam...Jika mahu diri dinilai dengan mahar tinggi, maka lengkapkan diri dulu dengan perkara-perkara berikut. Andai ada ciri-ciri yang akan disenaraikan ini, maka tidak salah ibu bapa mahu anak mereka dikenakan mahar mahupun nilai hantaran perkahwinan sehingga RM20,000.

Ciri-ciri yang diminta adalah:

*Hafal 30 juzuk Al Quran.
*Dapat dan tahu mengenai Hadis Sahih.
*Menjadikan sunnah Rasulullah sebagai amalan harian.
*Boleh memasak makanan sedap.
*Dijamin mendapat zuriat yang baik.
*Dijamin menjadi isteri solehah.
*Dijamin dapat mendidik anak menjadi anak yang taat pada agama.
*Sentiasa takwa kepada perintah Allah Taala.
*Diri bersih dari penyakit.

.... ini adalah sebahagian mungkin yang boleh dikatakan sebagai alasan terbaik untuk mengenakan hantaran kahwin sampai puluh-puluh ribu. Jadi, fikirkan balik .... dan cuba lihat hadith ini:

"Ciri2 wanita yg mendapat kurnia ialah yg mudah dipinang, mudah (murah) maharnya, dan subur rahimnya." (H.R Ahmad)
 http://kecikbeso.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...