Isnin, 11 November 2013

Keajaiban Alam - Hutan Tumbuh Dalam Tasik


Tasik Kaindy terletak di dalam hutan, 2,000 meter diatas permukaan laut. Tasik ini terbentuk secara semulajadi dari tanah batu kapur dan pemendapan tanah sehingga akhirnya membentuk sebuah empangan semulajadi dan gaung yang indah.

Tasik Kaindy mempunyai panjang kira-kira 400 meter dengan kedalaman 30 meter. Pemandangan menakjubkan ada di sini. Sisa-sisa pokok yang tidak tenggelam air nampak seperti hutan ratusan tahun lalu. Kebelakangan ini, hutan di dalam Tasik Kaindy mulai dikenali oleh pelancong.
 

Tidak hanya menyajikan pemandangan alam yang luar biasa seperti hutan di bawah tasik, jika air di tasik surut, pelancong boleh melihat pucuk pokok cemara yang muncul di permukaan. Hutan ini dapat dilihat dengan cara menyelam ke dalam tasik.

Masa terbaik untuk melawat Danau Kaindy adalah ketika akhir musim bunga dan awal musim gugur.  Bukan hanya ikan-ikan indah menari di permukaan Tasik Kaindy, di tempat ini, anda juga akan dapt melihat hidupan liar yang hadir di sekitaran tasik.



 
dairishare

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...