Tahukah bahawa terdapat maksud tersirat daripada patung kuda yang ditunggangi oleh panglima perang.Di Eropah, jika patung kuda itu kelihatan keempat-empat kakinya berpijak di atas tanah, ia akan membawa maksud penunggangnya iaitu panglima perang tersebut meninggal dunia dengan cara semulajadi. Dengan erti kata lain, panglima tersebut meninggal dunia bukannya kerana berperang.
nota kaki: Panglima
Jan Žižka adalah hero negara Czech.Beliau ialah panglima dan pemimpin
dinasti Hussite dan pernah memimpin rakyatnya menentang tentera Empayar
Rom dalam Perang Hussite pada tahun 1419.
Jikalau patung kuda itu kelihatan hanya satu kaki depan diangkat, ia akan membawa maksud penunggangnya iaitu panglima perang tersebut meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika berperang. Akan tetapi panglima tersebut bukannya meninggal di medan perang.
Dan jikalau patung kuda kelihatan kedua kaki hadapan diangkat ke atas, ia akan membawa maksud bahawa panglima perang tersebut meninggal dunia di medan perang.
Tetapi kalau patung kuda diarca macam ni, apa agaknya maksudnya ya?
Ohh..
BalasPadamkalau patung kuda diarca terbalik gitu, maksudnya kuda tu sendiri rela utk di korbankan pada hari raya korban 10 Zulhijjah 3013 masihi bersamaan dgn tahun depan.