SYAHDU dan sedih apabila melihat foto di atas yang menunjukkan
seorang kanak-kanak tidur di atas tanah, di tengah-tengah antara pusara
kedua ibu bapanya di Syria.
Ya Allah.. betapa kasihannya melihatkan nasib anak-anak di
Syria yang kehilangan anggota keluarga khasnya ibu dan ayah ekoran
peperangan dalaman di negara itu.
Betapa kejam rejim Presiden Syria Bashar Al-Assad membunuh penduduk Syria yang tidak berdosa.
Bukan sahaja ibu bapa, kanak-kanak yang tidak bernasib baik
juga menjadi korban dek kerakusan manusia dalam mengekalkan kuasa
mereka.
Foto kanak-kanak ini dimuatnaik melalui akaun Twitter @NotaUsrah dan ia telah diulang tweet sebanyak 162 kali oleh pengguna Twitter yang lain.
Kita di Malaysia masih boleh bersyukur kerana kanak-kanak di negara
ini masih mempunyai ibu bapa yang masih sihat dan boleh mendidik serta
mengasuh mereka.
Jika mereka kehilangan ibu bapa pun, ia jarang berlaku kerana
peperangan atau ditembak sebaliknya atas sebab sakit atau pun
kemalangan.
Penulis berasa cukup syahdu melihat gambar ini yang turut menjadi viral di seluruh dunia.
Mudah-mudahan kanak-kanak ini akan menerima pembelaan dan dapat hidup
dengan baik dengan pendidikan yang sempurna disediakan oleh pihak yang
bertanggungjawab dan masih berperikemanusiaan untuk menjaga dan
menyayanginya. –
IBNU K/Mynewshub.my
Ulama dah keluarkan fatwa bahawa Bashar Assad telah kafir.
BalasPadamsehinggakan, kalau terdengar&terbaca nama Bashar ini,
wajib di sebutkan laknatullah di belakang namanya.