Ahad, 26 Januari 2014

Reaksi Tubuh Terhadap Asap Rokok ( Perlu baca)

Sebatang rokok yang dihisap seseorang akan habis dalam 50 hembusan atau dalam waktu 5 minit. Akan tetapi, dalam tempoh sesingkat itu terdapat 4000 jenis bahan kimia yang meresapi organ-organ tubuh. Lihat reaksi yang terjadi ketika kita merokok.



0-10 saat Pertama

Pada hisapan pertama, asap rokok akan masuk ke mulut dan meninggalkan lapisan coklat tipis di gigi. Gas bersifat toksik seperti formalin dan amonia yang disedut akan membuat sistem imun menjadi aktif sehingga terjadi keradangan.



10 saat sehingga 5 minit seterusnya

Apabila memasuki kerongkong, asap rokok akan melambatkan cilia, 'alat pembersih kecil' yang bertugas untuk membersihkan sistem pernafasan dari partikel berbahaya. Sementara itu, nikotin yang naik ke udara akan masuk ke pembuluh darah melalui jutaan kapilari di dalam paru-paru.



Ketika nikotin memasuki kelenjar adrenal, tubuh akan merasakan sentakan tenaga yang memicu pengeluaran adrenalin sehingga tekanan darah dan denyutan jantung meningkat. Akibatnya, jantung mengalami kesulitan untuk mengendur di antara denyutan jantung sehingga risiko untuk terkena stroke meningkat.

Pada masa yang sama, karbon monoksida dari asap rokok akan mula berkumpul di dalam darah sehingga kemampuan tubuh untuk menghantar oksigen ke organ penting berkurangan.

Melalui peredaran darah, nikotin memasuki otak dan direspons sel saraf tertentu dengan cara pelepasan secara pantas neurotransmiter dopamin yang memberikan perasaan 'enak'. Ini sebabnya merokok menimbulkan rasa ketagihan.

Selepas 5 minit

Setelah level dopamin kembali normal, tubuh menginginkan 'perasaan high' lagi meskipun kita tidak menyedarinya. Bila kita sering memuaskan keinginan tersebut, otak akan terbiasa dan muncul rasa ketagihan. Akibatnya, sukar bagi anda untuk berhenti merokok.

Meskipun anda telah selesai menghisap rokok, di dalam tubuh masih terdapat kandungan beracun untuk 6-8 jam seterusnya.

-Komplikasi.com /http://www.hamidi7884.net

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...