Pernahkah anda terfikir bahawa tamadun purba mempunyai teknologi yang
canggih? Yang mana maksud penulis mempunyai teknologi yang hampir
setaraf dengan teknologi moden zaman sekarang?
Kemungkinan apa yang dikatakan penulis kelihatan janggal dan kurang
menyakinkan. Walaubagaimanapun, anda perlu ingat terutama yang beragama
Islam bahawasanya anda sekarang hidup di dunia akhir zaman. Akhir zaman
bermaksud tiada lagi zaman selepas daripada ini.
Dan perlu diketahui juga, zaman yang kita berada sekarang adalah
zaman yang paling pendek waktunya. Usah difikirkan jauh-jauh,usia
manusia akhir zaman pun dalam 50-100 tahun sahaja. Jarang-jarang ditemui
manusia yang boleh hidup menjangkaui 100 tahun. Umat terdahulu memiliki
umur yang bergitu panjang sehingga ada yang mencapai 1000 tahun!.Dengan
usia yang sebergitu panjang, kemungkinan teknologi dapat mereka cipta
dengan lebih maju dan berkemungkinan melebihi teknologi zaman kita kini.
Apapun, sesuatu persoalan semestinya memerlukan pembuktian.Jadi apa
kata kita lihat dahulu sebahagian bukti yang penulis sediakan untuk anda
semua.
Bukti-bukti Arkeologi
Bateri Baghdad
Bateri Baghdad atau Bateri Parthian ini ditemui pada 1936 di Kuyuut
Rabba’ou,Iraq. Dipercayai Bateri Baghdad ini dibina pada zaman
pemerintahan dinasti Parthian pada 250BC. Bateri Baghdad seakan-akan
pasu yang diperbuat daripada tembikar.Ketinggian hanyalah 14cm sahaja.
Bateri Baghdad langsung tidak mendapat perhatian semasa mula-mula
ditemui sehinggalah pada tahun 1938, Wilhem Konig, Pengarah Muzium
Kebangsaan Iraq tertarik dengan bentuk Bateri Baghdad ini.
Beliau tertarik dengan struktur ‘pasu’ ini kerana ia mempunyai
ciri-ciri sebuah bateri moden. Artifak tersebut terdiri daripada
silinder tembaga, batang besi serta Asphalt.
Bateri Baghdad ini mampu memberi kuasa sebanyak 1.5V selepas dimasuk
jus limau atau lemon. Kuasanya menyamai bateri jenis AA sekarang.!
Ini bermakna Bateri Baghdad telah dicipta melebihi 1000 tahun sebelum bateri moden dicipta oleh Alessandro Volta.
Perlukah sejarah diubah kembali?
Piramid Khufu
Piramid Khufu dibina oleh firaun Mesir ketika itu, Firaun Khufu.
Firaun Khufu memerintah daripada 2606BC hingga 2583BC. Piramid Kufu siap
dibina pada 2580 iaitu 20 tahun selepas mula-mula dibina.
Piramid Khufu memiliki sebanyak 2 juta blok batu yang mana setiap
satu biji seberat 1 tan!. Blok batu ini dilicinkan sehinggakan
kilauannya boleh diperhati daripada jauh. Apa yang lebih
menarik apabila seorang ahli arkeologi Sir Flinders Petrie berkata
pembinaan piramid ini sememangnya terancang dan sistematik sehinggakan
menurutnya kedudukan ketiga-tiga piramid di Giza termasuk Piramid Khufu
menyamai kedudukan bintang Ursa Minor dan Ursa Major kira-kira 3000
tahun dahulu.!
Pembinaan Piramid Khufu menjadi perdebatan hebat cendikiawan. Ini
kerana, mustahil dengan teknologi waktu itu manusia dapat membina
bangunan sekukuh ini. Ada cendikiawan dengan nada ekstrim mengatakan
Piramid Khufu ini dicipta oleh makhluk asing!.
Jadi,siapakah yang sebenarnya membinanya?
Perang Nuklear di Mahenja-daro dan Harappa
Mahenja Daro dan Harappa adalah dua buah penempatan purba yang
terletak di Lembah Indus. Mohenjo-daro telah ditemui pada 1922 oleh R.
D. Banerji, Pengawai Archaeological Survey of India.
Sejak daripada itu, pelbagai pihak datang untuk lakukan cari gali
arkeologi. Sangat mengejutkan apabila mereka mendapati banyak
rangka-rangka mayat yang bergelimpangan tanpa diurus kematiannya dengan
elok. Terdapat setengah mayat menunjukkan reaksi menakutkan seperti
memeluk antara satu sama lain seakan-akan ajal menunggu ajal tiba.
Setelah diperiksa, rangka ini mengandungi kesan radioaktif yang
tersangat banyak. Iaitu melebihi 20 kali ganda berbanding manusia
normal. Ini menimbulkan spekulasi bahawa terdapat peperangan nuklear
besar-besaran di penempatan purba ini.
Rangka mayat ini dibuat petarikhan karbon-12. Agak mengejutkan bahawa
rangka mayat ini secara purata kira-kira 2000-3000 BC. Perlu diketahui
bahawa apabila rangka telah dicemari kesan radioaktif yang kuat,
pentarikhan karbon akan menunjukkan usia yang jauh lebih muda daripada
yang telah didapati itu.!Jadi, kemungkinan usianya melebihi apa yang
telah dicatatkan oleh tarikh karbon ini!
Benarkah berlaku Peperangan Nuklear?
Loji Nuklear di Gabon,Afrika
Loji nuklear purba ini ditemui pada tahun 1972 di Okla,Gabon. Gabon
merupakan sebuah negara di benua Afrika. Penemuan ini amat mengejutkan
setelah para saintis daripada Perancis membawa pulang secara tidak
segaja fosil tanah yang mengandungi nuklear yang telah siap sedia
terurai. Dengan tidak membuang masa mereka pergi kembali ke Okla dan
mengkajinya dengan lebih lanjut.
Lebih mengejutkan apabila setelah membuat pentarikhan karbon-12, mereka mendapati bahawa loji ini berusia 1.8 juta tahun dahulu. Dan lebih mengejutkan loji-loji terdiri daripada 17 loji kesemuanya,9 loji telah habis digunakan.
Jika diikutkan,tamadun hanya bermula sekitar 3000-4000 tahun sebelum
masihi. Jadi,tamadun manakah yang menggunakan loji nuklear ini?
Pegangan Kita sebagai umat Islam
Sebagai umat Islam, kita sedar bahawa sememangnya terdapat
tamadun-tamadun terdahulu daripada kita. Akan tetapi, semuanya telah
Allah swt musnah dek kerana keangkuhan mereka sendiri. Allah swt
berfirman dalam Surah Yunus ayat 13 yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah membinasakan umat-umat yang terdahulu
daripada kamu semasa mereka berlaku zalim padahal telah datang kepada
mereka Rasul-rasul mereka membawa keterangan-keterangan, dan mereka
masih juga tidak beriman. Demikianlah Kami membalas kaum yang melakukan
kesalahan”.(Yunus 10:13)
Dan kini, Allah swt gantikan kita sebagai umat yang terakhir untuk
menjadi khalifah(pentadbir) di bumi. Sepertimana firman Allah swt dalam
Surah Yunus ayat 14 yang bermaksud:
“Kemudian Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) khalifah-khalifah di bumi
menggantikan mereka yang telah dibinasakan itu, supaya Kami melihat apa
pula corak dan bentuk kelakuan yang kamu akan lakukan”.(Yunus 10:14)
tak usah risau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan