Menu ringkas tetapi sedap dan cepat laris kat rumah ni. Petang tadi
hujan, terasa sejuk dan perut ni mcm biaslah nak makan sesuatu yg panas
dan ringkas. Tanpa fikir panjang lagi saya pun buatlah cucur ikan bilis
guna air panas ni. Sebelum ni pernah buat guna resepi mak. Macam
biasalah kalau resepi mak, takde sukatan..semuanya main agak2 je. Kalau
saya dah biasalah agak2 mak tu macamana, tapi bila kawan2 tanya nnti nak
jawab macamana. Di sini saya kongsikan resepi yg lebih kurang sama dngn
mak punya. Kali ni saya kopipes dari
Cikgu Zana
yg rajin memasak tu. Walaupun sentiasa sibuk, tapi cikgu sorang ni
rajin sangat mencuba pelbagai resepi utk hidangan keluarga tersayang.
Terima kasih K.Zana berkongsi resepi, izinkan Yatie kongsikan resepinya
kat sini pula ya. Memang sedap cucur guna air panas ni, walau dah
sejuk..tetap lembut.
yg ni Yatie bulat2kan dulu baru goreng, tu yg nampak bulat2 je
yg ni Yatie jemput2 je guna jari yg dibasahkan sikit, tu yg tak bulat2 sangat
yg ni tinggal nak makan je...he3...
Bahan-Bahan
- 3 cawan tepung gandum*
- segenggam ikan bilis (tumbuk kasar)*
- 1 biji bawang besar potong2 kecil*
- 1 biji lada merah(dihiris)*
- daun sup/bawang (hiris)*
- garam secukup rasa*
- 2 1/2 cwn air panas mendidih
- minyak untuk menggoreng
Cara-Cara
- Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
- Bulatkan lubang ditengah adunan.
- Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat, adunan akan menjadi berat dan kental.
- Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera.
- Masa nak bulat2kan cucur, Yatie taburkan sedikit tepung di permukaan telapak tangan supaya mudah nak bentukkan bulat.
- Panaskan minnyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
- Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos kegemaran.
http://yatiememories.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan