Rabu, 29 Januari 2014

Kisah negara terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi

 

Kisah negara terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi | Republik terkecil di dunia dengan keluasan 21 kilometer persegi dan hanya 10,000 warganegara iaitu Kepulauan Nauru yang terletak di Lautan Pasifik telah memecat satu-satunya magistret negara itu - seorang warga Australia - dan menghantarnya pulang ke negara asalnya dengan serta merta. Dalam perkembangan yang berkaitan, kerajaan negara itu juga turut membatalkan visa ketua hakim negara tersebut - juga seorang warga Australia ketika dia sedang bercuti di negara asalnya - menyebabkannya tidak dapat kembali bertugas. Magistret Peter Law, tidak diberikan sebarang isyarat atau indikasi mengenai pemecatannya itu.
 
Ketua Hakim Nauru, Geoffrey Eames yang visanya pula dibatalkan, menyifatkan tindakan tersebut ada kaitan dengan kepentingan politik. Eames sebelum ini telah mengeluarkan satu injunksi ke atas Presiden Nauru, Baron Waqa dalam usahanya untuk menghalang pemecatan Law tetapi kemudiannya mendapati yang visanya telah dibatalkan sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang untuk kembali ke kepulauan itu.
 
Seorang kakitangan di Jabatan Penerangan Nauru ketika dihubungi oleh agensi berita AFP diberitahu yang kontrak Law telah ditamatkan berkuatkuasa serta merta tanpa menyatakan apakah alasan di atas pemecatan tersebut. Mahkamah Magistret Nuaru telah dijadualkan untuk mendengar kes 40 orang pemohon suaka politik yang didapati melancarkan rusuhan ketika ditahan di pusat tahanan penyeludupan dan pemerdagangan manusia minggu ini. Adalah tidak pasti sama ada pemecatan magistret tersebut mempunyai kaitan dengan kes perbicaraan 40 pemohon suaka politik itu.-AP
pen patah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...