Dalam dunia ini, pasti kita akan berjumpa dengan orang yang suka menyakiti. Tak kira melalui perkataan atau perbuatan.
Kadang-kadang, sikap menyakiti orang lain ini sudah menjadi tabiat.
Orang yang suka menyakiti (terutamanya hati dan perasaan) orang lain
itu hanya mengikut nafsu. Mereka berasa puas sekiranya dapat menyakiti @
melukai hati orang lain. Sedangkan mereka sendiri, jika disakiti dan
dilukai akan mengamuk tak tentu pasal.
Masa buat orang lain, tak ingat diri. Tapi bila dia yang terkena, tahu pulak nak meronta meronta-ronta.
Apakah respon kita dengan orang yang suka menyakiti orang lain ini?
Cuba bayangkan sebentar.
Sekiranya hati anda dilukai dan sakiti, apakah tindakan anda?
Tenang diri dan bersabar saja? Atau turut sama beremosi memaki mengkeji untuk puaskan hati?
Dalam Islam, Allah mengajar kita untuk berhikmah dalam menghadapi apa juga perkara.
Nak padamkan api, tak boleh dengan api juga. Orang baling batu, tak
usah kita turut baling batu
Sebaliknya, seorang ulama telah memberi nasihat berguna dalam menghadapi orang yang suka menyakiti.
Katanya :
“Setiap kali ada orang menyakitimu, senyum saja kepadanya. Dan ketika senyum itu, ingatlah keadaan dirimu dengan Allah. Kemudian, fikirkan cara apakah yang diredhai Allah untuk membalas perkara itu sebelum kamu bertindak membalasnya!”
Semoga saya dan anda semua dapat meniru akhlak Nabi sollallhu’alaihi
wasallam dalam setiap tindak tanduk kita. Sesungguhnya akhlak Nabi
adalah sebaik-baik petunjuk untuk diikuti.
pakar how to
Tiada ulasan:
Catat Ulasan