Dalam sebuah kitab
karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang
ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa
sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah
berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal
pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang
bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T.
berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal
pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah
hamba-Mu yang daif dan lemah." Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud
: "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada
engkau."
Setelah itu Allah S.W.T
menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai
nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan
diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah
engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan
Engkau adalah Engkau." Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka
jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah
S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T
menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah
dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau
dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, "Aku adalah
hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa bagi tujuan mengawal nafsu.
Dalam kisah ini dapatlah
kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah
kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita. Kita
hendaklah menggunakan akal kita bagi menandingi setiap godaan nafsu,
sebab kalau tewas dengan godaan, akan menjadi musnah.
*Sumber dari mukmin.com.my
Tiada ulasan:
Catat Ulasan