Jumaat, 31 Januari 2014

Kenapa Wanita Suka Membebel, Macam Donal Duck

Salam guys, Tahu tak perempuan ni suka membebel kenapa? Haa laki pasti binggung ngan persoalan ni sebab taktau kan. Am sendiri pun tak tahu sebabnya jadi yang jenis taktau tu boleh la godek entri kat bawah nie. Bukan apa taknak la lepas nie bila pompuan membebel je kata rimas, bising lah macam donal duck la. Jadi apa perlu kita buat kalau dengar je pasangan korang yang jenis suka membebel. Wanita pasti punyai sebab sendiri kenapa dyeorang jadi macam tu kan..kan..kan? Kita ni spesis lelaki nak ke taknak perlu la terima pasangan kita bukan menyindir tapi FAHAMI JIWA DAN PERASAAN mereka.
membebel
 
1. Jangan buat tidak tahu sahaja
Perkara yang paling geram ialah apabila si dia membebel, si lelaki boleh pula buat tidak tahu sahaja. Lebih teruk ada yang terus pakai earphone atau pasang radio kuat-kuat supaya suara si isteri tenggelam dalam bunyi radio. Perlu diingat, wanita tidak akan membebel sembarangan jika pinggan mangkuk dibiarkan bertimbun di dalam sinki sedangkan si isteri tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang nakal. Cuba fahami jiwanya.

2. Berdiam diri, jangan menjawab
Ada wanita yang membebel tetapi lelaki boleh pula mengeluarkan kata-kata kesat seperti “ Awak ni tidak ada kerja ke membebel sahaja! Atau paling teruk, “ Janganlah membebel sahaja, naik pening kepala saya ni!. Seboleh-bolehnya janganlah mengharapkan si isteri yang hanya berdiam diri ketika anda balik lewat, ketika anda bangun lewat atau ketika anda terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak membalas setiap pesanan ringkasnya. Gunakan peranan “senyap” sebagai reverse psychology.

3. Belajarlah memujuk
Biasanya wanita akan membebel jika ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Sikap dan tingkah laku seseorang lelaki juga boleh menyebabkan si dia membebel tanpa sebab. Jadi janganlah biarkan wanita merajuk sepanjang hari. Kalau boleh pujuklah dia dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hatinya. Wanita akan berasa dirinya dihargai setelah seharian penat menguruskan anakanak dan keperluan rumah.

4. Jangan pandang remeh dengan perkataan ‘ Maaf’
Ucapan maaf tidak hanya tertumpu ketika Hari Raya sahaja. Kadang-kadang tingkah laku yang tidak disedari boleh menguris hati dan perasaan pasangan. Biarpun anda merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan, jangan pula ego untuk meminta maaf.

Kalau boleh elakkan bergaduh besar sebelum tibanya waktu tidur. Lelaki akan setia dengan egonya dan wanita pula janganlah turut ego. Sama-samalah bertolak ansur dan ‘cool’ demi sesebuah perhubungan yang baik dan bahagia.

5. Cuba tanya apa masalahnya
Pekalah dengan setiap perubahan yang berlaku kepada pasangan. Kalau muka si isteri berkerut seribu atau pertanyaan anda tidak berjawab, cubalah selidik apa masalah yang dihadapi. Mungkin anda mengabaikannya atau lebih mementingkan anak-anak daripada dirinya atau perkataan anda menguris hatinya.
P/s: Bla...bla...bla.. hurm membebel je pandai.. haha
 http://www.aminin.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...