“Innalillahi wa innalillahi rajiun… kepada Allah kita datang kepadaNya kita kembali… “
Cerita berlaku di dalam sebuah bas, yang hendak menuju ke suatu tempat yang sangat jauh.. saat itu musim panas.. Salah seorang penumpang itu adalah seorang wanita yang sangat cantik, muda dan bergaya. Penampilannya yang anggun dan bergaya itu menarik perhatian penumpang-penumpang lain dalam bas. Apabila wanita itu mula duduk di tempatnya, dia ditegur oleh seorang lelaki tua, dengan sopan berkata
“Wahai
anak muda maafkan pakcik yang ingin menegur penampilan anak, pakcik
rasa pakaian anak ini tidak sepatutnya dipakai kerana melanggar hukum
agama dan mungkin akan mengakibatkan sesuatu yang tidak baik terjadi
pada diri anak sendiri..” wanita itu terkejut dan berasa amat marah lalu berkata dengan lantangnya “berpakaian adalah HAK SAYA dan pakcik telah mengganggu keselesaan saya” pakcik tadi terdiam seketika kemudian wanita itu berteriak lagi “jika memang pakcik mahu, ambil pensel ini, tempah dan tuliskan untuk saya, tempatkan saya di NERAKA TUHAN pakcik” beristighfar pakcik dan sebahagian penumpang-penumpang dalam bas tersebut.
Selepas
beberapa jam, suasana kembali sepi, bas akhirnya sampai ke destinasi,
terlihat seorang penumpang akan wanita muda tadi yang begitu lena dalam
marahnya sebentar tadi.. “Cik, bas sudah berhenti” panggilan
itu tidak diendahkan, lalu dikejutkan lagi berulang kali namun reaksinya
sama, tiada berbalas.. setelah diperiksa denyutan nadinya, ternyata
wanita itu telah kembali kepada Allah dan ternyata dia meninggal dalam
keadaan menentang Allah.. moga Allah merahmati rohnya insha Allah
ameen..
Kisah sebentar tadi adalah situasi wanita islam
yang tidak menjaga peribadinya yang sememangnya mulia di sisi agama itu
sendiri, WANITA ITU AURAT, WANITA ITU FITNAH.
“Aku
melihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti ini, kerana ada
pemandangan yang dasyat di dalamnya. Telah aku saksikan ahli neraka
adalah kaum wanita” Rasulullah ditanya mengapa kaum wanita itu ramai di
dalam neraka? “Ini kerana wanita itu mengkufurkan suaminya, dan
mengkufurkan ihsannya, jika engkau berbuat baik sebanyak mana pun, dia
masih tetap belum berpuas hati. (Riwayat Bukhari)
Maksudnya
di sini, kita ketahui yang wanita adalah golongan yang beremosi, mudah
mengatakan sesuatu tanpa berfikir secara baiknya terlebih dahulu, tidak
sabar dalam menghadapi sesuatu kesusahan dan kesakitan, contohnya dalam
menguruskan rumah tangga, melayan suami, mendidik anak-anak dan
sebagainya, akibat ketidaksabaran ini mungkin akan menimbulkan rasa
ketidakpuasan hati dan merungut serta tidak bersyukur, jadi tanpa sedar,
sikap yang ada dalam diri kita ini, menjadikan dan memungkinkan kita
tergolong dalam golongan di atas.
“Apabila seorang
wanita telah menunaikan solat lima waktu, mengerjakan puasa di bulan
Ramadhan, memelihara diri dan kehormatannya, dan taat kepada suaminya,
maka masuklah dia ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang
dikendakinya” (Riwayat Tabrani)
Jadi jelas dalam
hadis di atas, mudah sahaja syarat kita sebagai wanita untuk masuk ke
syurga.. ya mudah, namun kerana emosi yang sentiasa bersangka buruk,
merungut, dan berkata yang perkara yang buruk dan bukan-bukan,
menjauhkan kita daripada memasuki syurga illahi. Di dalam hadis tersebut
juga dinyatakan tentang syarat-syarat yang akan menjamin seseorang
wanita itu untuk masuk ke syurga :-
1) Menunaikan solat lima waktu.
Rasulullah pernah di tanya oleh Abdullah bin Mas’ud “Wahai Rasulullah apakah amalan yang paling utama? Baginda menjawab “solat pada waktunya”" jadi
istilah menunaikan solat ini bukanlah hanya berjaya melakukan solat
lima waktu itu sahaja, tetapi turut menetapi waktu solat, iaitu solat
pada waktu dan tidak melengahkannya dengan sengaja.
2) Mengerjakan puasa di bulan Ramadhan.
Berpuasa
bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi menahan nafsu. Nafsu dari
segi berkata bukan-bukan, bersangka buruk, dan sebagainya “Apabila
kamu berpuasa, pendengaranmu, penglihatanmu, lidahmu juga turut
berpuasa daripada yang haram, jauhilah daripada perbuatan menyakiti
jiranmu, hendaklah kamu bertenang dan beramal, usah biarkan hari
berpuasa dan tidak berpuasa adalah sama (Riwayat Bukhari)
3) Memelihara kehormatan diri.
Kehormatan
diri di sini adalah dari aspek aurat dan pergaulan. Bagaimana aurat itu
boleh menjadi fitnah dalam pergaulan? Umum mengetahui bahawa menutup
aurat itu wajib, seperti dalam firman Allah Surah Al-Ahzab “Wahai
Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi
menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian
lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik)
maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ” (33:59) . Juga dalam surah yang sama
“Wahai
isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan
yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh itu janganlah kamu
berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit
dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya
berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan)” (33:32)
Namun
menutup aurat luaran sahaja belum mencukupi syarat menutup aurat,
seringkali kita lihat, wanita-wanita menjadi kes gangguan seksual
lelaki, sedangkan mereka bertudung atau boleh kita katakan dia sudah
menutup auratnya, namun, adakah dia telah benar menutup auratnya???
Berdasarkan surah An-Nuur “Dan
katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara
kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh
mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka,
atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi
saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba
mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak
berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti
lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki
untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;
dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang
beriman, supaya kamu berjaya” (24:31)
Berdasarkan
dua surah di atas, saya highlight kan beberapa perkara penting dalam
menjaga kehormatan diri, aurat dan bagaimana ia boleh mengelakkan fitnah
:
1) Melabuhkan pakaian menutup keseluruhan tubuh badan semasa
keluar rumah kecuali yang zahir iaitu muka dan tapak tangan, selain
daripada itu, ia di kira aurat.
2) Berkata dengan kata-kata yang
baik dan bukan dengan cara menggoda yang boleh menimbulkan syahwat dalam
pergaulan antara lelaki dan perempuan.
3) Menyekat pandangan daripada memandang yang haram.
4) Tidak memperlihatkan perhiasan dan aurat kecuali pada yang mahram. Mahram adalah yang haram untuk di nikahi selama-lamanya.
Point
terakhir adalah mentaati suami, ini buat wanita-wanita yang telah
bernikah, harus diingatkan, sesudah ijab kabul berlaku, tanggungjawab
kalian telah berubah, jika dahulu, selepas mentaati perintah Allah dan
Rasul, anda harus mentaati perintah ibu bapa, namun ia berubah dengan
mengutamakan suami dahulu.
“Maka perempuan-perempuan
yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang
memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika
suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan
pertolonganNya…” (4:34)
“Dunia ini
adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasannya adalah wanita yang
solehah. Bila engkau memandangnya, ia menggembirakan (menyenangkan)mu.
Bila engkau perintah, ia mentaatimu. Dan bila engkau keluar
meninggalkannya, ia menjaga dirinya (untukmu) dan menjaga hartamu.”
(Riwayat Bukhari)
Jadi dengan menjaga solat, puasa,
kehormatan diri dan mentaati suami, kita boleh pilih untuk masuk syurga
melalui mana- mana pintu.. indahkan? nak atau tidak terletak dalam
tangan kita. Semoga Allah mampu menjaga diri, hati dan iman kita, agar
kita mampu menaikkan darjat kita daripada muslimah kepada mukminah dan
solehah dunia akhirat.. ameen.. sekian perkongsiaan untuk manfaat
bersama.
“Sesungguhnya
wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan
memperhatikannya.” (Riwayat Bazzar dan At-Tirmizi)
Wallahua’lam….Selamat Beramal
i lu islam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan