Ahad, 26 Januari 2014

Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum untuk 13 jenis barangan harga terkawal bagi pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014.

Menurut pengumuman dalam portal rasmi kementerian berkenaan, skim itu akan berkuat kuasa Ahad ini (26 Jan) sehingga 9 Feb.




Tempoh pelaksanaan skim pada kali ini adalah selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, semasa perayaan dan sembilan hari selepas perayaan, menurut portal berkenaan.
13 jenis barangan harga terkawal itu ialah:

*Ayam hidup
*Ayam standard (disembelih dan dibersihkan berserta kaki, kepala, hati dan hempedal atau mana-mana bahagiannya)
*Ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal)
*Telur ayam gred A (berat antara 65.0 gram hingga dan 69.9 gram sebiji)
*Telur ayam gred B (berat antara 60.0 gram hingga 64.9 gram sebiji)
*Telur ayam gred C (berat antara 55.0 gram hingga 59.9 gram sebiji)
*Kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing)
*Bawang putih (China)
*Ikan bawal putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor)
*Udang putih besar (berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram)
*Babi hidup
*Daging babi (perut)
*Daging babi (daging dan lemak)

Sila ke Portal rasmi KPDNKK untuk maklumat lanjut
amazing nara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...