Selasa, 28 Januari 2014

Volkswagen Polo 1.6 hatchback CKD dilancarkan

20140128-002037.jpg
Volkswagen Group Malaysia telah melancarkan secara rasminya model Volkswagen Polo 1.6 2014 (hatch) pemasangan tempatan (CKD). Model yang sebelum ini pernah dipertontonkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS 2013).

Volkswagen Polo 1.6 hacthback CKD sudah boleh didapati di bilik-bilik pameran Volkswagen seluruh negara dengan harga RM87,888 (tidak termasuk insurans). Harga tersebut lebih tinggi berbanding Polo Sedan CKD sebanyak RM3,000, yang mana telah dilancarkan hujung tahun lepas. Kepada 500 kereta pertama, Volkswagen menawarkan harga istimewa sempena pelancaran, RM85,888.
 


Polo hatch CKD ini merupakan model ketiga yang dipasangkan di kilang DRB-Hicom selepas Passat dan Polo Sedan. Dikhabarkan projek CKD Volkswagen tidak akan berhenti setakat itu dengan Jetta CKD juga bakal menyusul.

Model Polo CKD ini menggunakan enjin dan transmisi yang berbeza dengan model Polo CBU; enjin 1.2-liter TSI digantikan dengan enjin 1.6-liter MPI (tanpa turbo), manakala transmisi DSG tujuh kelajuan yang bermasalah digantikan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Enjin 1.6-liter MPI (Multi-point Injection) empat silinder digandingkan dengan transmisi automatik enam kelajuan dengan Tiptronic menghasilkan 103 kuasa kuda dan 153Nm tork. Pengggunaan bahan bakar dicatat pada 6.3 liter untuk 100km.

volkswagen-polo-1.6-hatchback-ckd-arenakereta
Bahagian dalaman dilengkapi dengan sistem radio RCD320 (dengan sambungan USB, kad SD, iPod, AUX, Bluetooth), penghawa dingin zon-tunggal automatik, kawalan cruise, kemasan fabrik upholsteri serta stereng, tombol gear dan brek tangan yang dibalut kulit.

Dari segi keselamatan, Volkswagen Polo 1.6 hatchback CKD ini dilengkapi dengan Sistem Respon Kemalangan Pintar (ICRS – Intelligent Crash Response System). Di dalam situasi kemalangan yang serius dan beg udara berfungsi, sistem ICRS akan membuka kunci kesemua pintu dan akan mengaktifkan lampu kecemasan untuk memberi amaran kepada pengguna jalanraya yang lain. Juga terdapat penahan tempat duduk kanak-kanak ISOFIX di tempat duduk belakang, ABS, BA dan sistem kawalan bantuan parking.

Polo Sedan dilengkapi dengan empat beg udara keselamatan, namun Polo hatch CKD ini hanya mempunyai dua beg udara sahaja. Selain itu, disebabkan ianya hatchback, tiada saluran penghawa dingin di bahagian tempat duduk belakang.

Boleh didapati dengan lima pilhan warna; Candy White, Flash Red, Pepper Grey, Reflex Silver dan Deep Black. Sungguhpun Polo 1.6 MPI CKD sudah mula dijual, penjualan Polo 1.2 TSI CBU masih diteruskan.
vw-polo1
vw-polo6
vw-polo8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...