Rasulullah
S.A.W berkata, "Engkaulah katakan!," Jawab Aisyah r.a : "Tidak ada
keadaan lebih hebat bagi mayat ketika keluarnya mayat dari rumahnya di
mana anak-anaknya sama-sama bersedih hati di belakangnya. Mereka
sama-sama berkata, "Aduhai ayah,
aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah S.A.W bertanya lagi:
aduhai ibu! Ayahnya pula mengatakan: "Aduhai anak!" Rasulullah S.A.W bertanya lagi:
"Itu juga
termasuk hebat. Maka, manakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab
Aisyah r.a: "Tidak ada hal yang lebih hebat daripada mayat ketika ia
diletakkan ke dalam liang lahad dan ditimbuni tanah ke atasnya. Kaum
kerabat semuanya kembali.
Begitu pula dengan anak-anak dan para
kekasihnya semuanya kembali, mereka menyerahkan kepada Allah berserta
dengan segala amal perbuatannya." Rasulullah S.A.W bertanya
lagi, "Adakah lagi yang lebih hebat daripada itu?" Jawab Aisyah,"Hanya
Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih tahu."
Maka bersabda Rasulullah S.A.W :"Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat ialah ketika orang yang memandikan masuk ke rumahnya untuk memandikannya.
Maka keluarlah cincin dimasa remaja dari jari-jarinya dan ia melepaskan pakaian pengantin dari badannya. Bagi para pemimpin dan fuqaha, sama melepaskan serban dari
kepalanya untuk dimandikan. Di kala itu rohnya memanggil, ketika ia melihat mayat dalam keadaan telanjang dengan suara yang seluruh makhluk mendengar kecuali jin dan manusia yang tidak mendengar.
Maka berkata roh, "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah, lepaskanlah pakaianku dengan perlahan-lahan sebab di saat ini aku berehat dari kesakitan sakaratul maut."
Dan apabila air disiram maka akan berkata mayat,"Wahai orang yang memandikan akan roh Allah, janganlah engkau menyiram air dalam keadaan yang panas dan janganlah pula dalam keadaan sejuk kerana tubuhku terbakar dari sebab lepasnya roh,"
Dan jika mereka memandikan, maka berkata roh:"Demi Allah, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau gosok tubuhku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh."
Apabila telah selesai dari dimandikan dan diletakkan pada kafan serta tempat kedua telapaknya sudah diikat, maka mayat memanggil, "Wahai orang yang memandikanku, janganlah engkau kuat-kuatkan dalam mengafani kepalaku sehingga aku dapat melihat wajah anak-anakku dan kaum keluarga-ku sebab ini adalah penglihatan terakhirku pada mereka. Adapun pada hari ini aku dipisahkan dari mereka dan aku tidak akan dapat berjumpa lagi sehingga hari kiamat."
Apabila
mayat dikeluarkan dari rumah, maka mayat akan menyeru, "Demi Allah,
wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, maka
janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah
menyakiti mereka.
Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Sesungguhnya pada hari ini aku akan dikeluarkan dari rumahku dan meninggalkan segala yang kucintai dan aku tidak lagi akan kembali untuk selama-lamanya."
Apabila mayat diletakkan ke dalam keranda, maka berkata lagi mayat, "Demi Allah, wahai jemaahku, janganlah kamu percepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahliku, anak-anakku & kaum keluargaku. Sesungguhnya hari ini ialah hari perpisahanku dengan mereka sehingga hari kiamat."
kredit: Suara Roh Bila Meninggalkan Jasad oleh Ust Ahmad Ismail terbitan IQRA
Salam Ukhuwah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan