Gula adalah salah
satu bahan pemanis utama dalam makanan harian kita, tetapi penggunaan
gula secara berlebihan boleh membawa kepada pelbagai penyakit serius.
contohnya diabetes. Sudu gula berbentuk tengkorak yang direka khas oleh Hundred Million merupakan satu lagi projek menarik dari pihak Kickstarter
yang dapat mengingatkan mengenai keburukan gula. Sudu yang mempunyai
bentuk unik ini akan memastikan bahawa anda mendapat jumlah gula yang
lebih kurang berbanding menggunakan sudu yang biasa anda gunakan. Ia
juga boleh menjadi hadiah yang sesuai kepada mereka yang sedang berdiet
dari makanan manis. Ia dijual pada harga US$ 12.
Bagi anda yang berminat nak dapatkan satu, boleh singgah kat sini - Kickstarter
p/s: Harap-harap boleh membantu menjimatkan penggunaan gula kat rumah korang..Hahaha..
drysheet blogsport
Tiada ulasan:
Catat Ulasan