Ramai insan yang masih lagi tidak faham
akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya
mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu
menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan
sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini
dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh
diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah
sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan
tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya
satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya? Tidakkah ia sama dengan penipuan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti
roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita
permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan.. Dan
pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya.. Setiap apa yg kita lakukan
pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan..
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.
Anda telah melakukan yang terbaik untuk
pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka
tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan
menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Penting untuk kita ketahui sama ada
pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting
Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang
kita lakukan… Tawakal dan Redhalah.. :)
pakar cinta
Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan