Kami tidak berzina!
Maaf, kami tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina!
Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum…..adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat kearah itu….
Hari ini,ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan
bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah
banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalamandan
tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam
dan Hawa. Jangan pula terlupa. Siapalah kita jika dibandingkan dengan
Adam dan hawa? Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada 1001 cara.
Ingat, pesanan Rasulullah : Janganlah kau bersendirian dengan seorang
wanita kecuali ketiganya adalah syaitan(Tabrani). Syaitan akan
menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya Iblis.
Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan.
Ada yang hanya bercinta dalam telefonn dan SMS sahaja. Tak pernah
bersua muka pun!
Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.
Memang pada awalnya tak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora.
Lambat launnya desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis, akan
mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak berhenti di
situ sahaja. Percalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu
boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Takkan nak berbual –bual pun tak boleh? Itu pun zina juga ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya. Ada zina betul, ada
zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat
kekasih atau permpuan/lelaki dengan perasaan berahi.
Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan
kekasih sepertimana yang disabdakan oleh Rasulullah, "Kedua-dua tangan
juga berzina dan zinanya ialah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina
dan zinanya ialah berjalan(menuju ke tempat maksiat/pertemuan). Mulut
juga berzina dan zinanya ialah ciuman (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya
jalan dan lorong menuju ke lembah penzinaan amat banyak. Jangan biarkan
diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh
membawa kepada penzinaan.
Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja.
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang
terselit di dalam hati hamba-hamba-Nya. Kita belajar nak keberkatan.
Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati Allah, kejayaan tidak
akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah.
Jangan suka berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka
kepada orang yang berilmu. Jadi, belajar hendaklah ikut batas dan
ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi begini akan
ditulis ibadat oleh Raqib dan Atid?
Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Study group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam
gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-mana pun
berdua. Kalau ye pun, carilah group study yang ramai sikit. Kalau duduk
berdua-duaan macam ni….betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap
saja bincang pelajaran, yang lain tu ……banyak masa dihabiskan dengan
fantasi cinta!
Tidaklah . Sungguh berbincang pelajaran.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak de perasaan apa-apa?
Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu, Kita
ada nafsu, ada keinginan. itulah manusia.
Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis
sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum
sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan
kaum sejenis. Lebih tenag perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan
rahmat pula.
Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh naluri cinta?
Naluri adalah sebahagiaan kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin
memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah.
Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.
Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak
suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau
sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri.
Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu
adalah fitrah. Cuma, tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah
Allah. Jadilah manuysia yang sihat nalurinya. Jangan jadi ‘malaiakat’!
Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan isinya akan hambar
tanpa naluri/nafsu.
Tentu ada cinta cara Islam.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah
ijab qabul; cinta selepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta
yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam.
Apabila Islam melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan
sesuatu yang lebih baik. Kalau ia melarang cinta antara lelaki dan
perempuan sebelum kahwin, ia membawa “sesuatu” sebagai ganti yang lebih
baik iaiti perkahwinan. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut
bagi dua orang yang saling menyintai kecuali nikah.(Ibni Majah). Cinta
adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri penzinaan?
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan turut terusik.
Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur
pertemuan. Kemudian duduk berdua-duaan. Kemudian mencari tempat sunyi
sedikit. Kemudian, berbual panjang hingga lewat malam. Hubungan makin
akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalu tadi macam
kawan, sekarang macam pengantin baru semalam…….
Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung
jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Berapa ramai orang yang
bercinta telah sampai di daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kesihanilah
diri dan ibubapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa
noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
Masih ramai yang bercinta tapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia.
Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya jauhi
perkara yang ditegah, takut manusia akan kecundang.
Jadi, manusia itu tak tahan diuji?
Kita manusia, daripada keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal
penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak
tahan dengan ujian walaupun ianya kecil. Allah takdirkan suatu
peristiwa untuk dijadikan iktibar bagi manusia. Allah tegah Adam dan
Hawa supaya jangan mendekati atau makan buah Khuldi di dalam syurga.
Buah yang lain boleh dimakan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan-Nya
(manusia). Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan kepada Adam dan
Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi itu. Firman Allah : “Wahai Adam!
Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga, serta makanlah dari
makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah
kamu hampiri pokok(Khuldi) ini, (jika kamu hampirinya) maka akan
menjadilah kamu daripada orang yang zalim”. (al-A’araf:19)
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi, tetapi Allah tahu
sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara tegahan,
takut nanti mereka akan memakannya. Kerana mereka tak dapat mengawal
diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan kearah
penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan
penzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada
pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal
pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi
pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan seseorang masa sedang bercinta?
Bercinta penuh dengan lakonan dan kepura-puraan. Masing-masing akan
berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan
berbagai-bagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa
bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila
merajuk akan nada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu
dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza.
Macam langit dan bumi. Masa bercinta dia seorang yang amat penyayang,
penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam.
Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi,
perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah
auatu kepuraan atau hipokrit.
Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagian jika tidak mendapat redha Allah?
Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang
terpilih.Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang
kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahinya. Bagaimana mendapat
anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak
diredhai Allah. Kebahagiaan berumah tangga mestilah melalui proses yang
betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini. Allah tidak meredhai
percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin.
Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia, jika langkah mula sudah
pun canggung, bagaimana kesudahannya?
Tanya sikit….adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta….
Semua itu adalah perangkap Iblis dan Syaitan. Hakikatnya adalah sama.
Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya
adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk
tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya
“angkat” ini, sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma
menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, Abang
angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan
bertemu dengan zina.
Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia, tetapi oleh Pencipta
manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang
mabuk bercinta, akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan
apa-apa maruah pada dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri,
tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang
yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada
orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu, ukuran
bermaruah atau tidak bermaruah adalah ditentukan oleh Allah.
Adakah orang yang bercinta hilang maruah diri?
Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta
seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri
penzinaan. Manakala orang bercinta dan pernah berzina tidak layak
berkahwin kecuali orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak
untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman : “Lelaki
yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan
yang berzina atau musyrik: dan perempuan yang berzina itu pula
(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang
berzina atau musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang bagi
orang-orang yang beriman”. (Surah al-Nur:3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin
dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan
dari Tuhan!
Jadi orang pernah bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik
hanyalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik hanyalah untuk
perempuan yang baik.
Kami telah berjanji sehidup semati.
Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudak janji cinta yang
musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu
peluang keemasan sahaja. Habis madu sepah dibuang…Pepatah itu diungkap
kerana ia sering berualang sehingga menjadi pepatah.
Si dia ni lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil
seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk
anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok
suka dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan
kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second
hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka
menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room
sahaja: Display only. Tapi ada yang boleh test drive. Ada pula yang
kata: sekadar sepingan mee goring dan segelas sirap bandung, bawalah ke
hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya…….
Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada
walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti.
Mereka ada pasangannya. Firman Allah : “Dan orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang
memelihara dirinya daripada melakukan zina)….Allah telah menyediakan
bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”. (al-Ahzab:35)
Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah
serta mohon keampunan dari-Nya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk
mendapat redha-Nya.
Kami ingin mendapat reda Allah. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha?
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat :
1-Tinggallah perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2-Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan (ini).
3-Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa
kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah
selepas ijab Kabul.
Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu
ini. Sesungguhnya engkau maha penganpum dan penerima taubat. Berilah
kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan
kepadaku benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang
mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jaga diriku sedari kecil
dengan kasih sayang. Mengapa ku curahkan kasih itu kepada orang lain. Oh
tuhanku, hambamu berdosa…….
Amin, Ya Rabb. Semoga Allah menerima taubatmu.
Kita berpisah kerana Allah. Kalau ada jodoh, tidak kemana!
Ya Allah bantulah mereka. Kini mereka datang kepintu-Mu mencari reda-Mu. Terimalah taubat mereka, amien.
Disusun semula oleh al-Quraisy
*Sumber dari halaqah.net
Tiada ulasan:
Catat Ulasan