Jika hendak dibandingkan dengan zaman
kini mahupun yang sezaman dengannya, percayalah tidak ada seseorang pun
yang boleh menandingi kehebatan insan yang diberi nama Simo Hayha ini.
Simo Hayha(disebut Si-mo Hei-ha) dikagumi bukan sahaja oleh rakyat Finland tetapi juga oleh seluruh tentera-tentera di dunia. Mengapa bergitu?
Direkodkan bahawa insan yang digelar White Death ini telah berjaya membunuh Red Army(tentera Soviet Rusia) dengan menggunakan Mosin-Nagant M28 kira-kira 505 orang. Namun, terdapat sumber mengatakan ia mencapai 542 orang kesemuanya.
Disebalik kemahiran tembakan tepatnya, Simo juga terkenal dengan sifat beraninya dengan membunuh kira-kira 200 orang Red Army dengan menggunakan Submesingun Suomi KP/-31. Dengan itu, jumlah keseluruhan Red Army yang
tewas adalah kira 800 orang kesemuanya.! Jumlah yang bergitu besar
untuk satu peperangan yang hanya menjangkau 100 hari. Jumlah ini gagal
ditandingi oleh mana-mana tentera sezaman dengannya.
Bagaimana Simo Hayha bermula sebagai Sniper?
Simo adalah seorang petani dan pemburu sebelum menganggotai tentera Finland sebagai sniper.
Seruan untuk menganggotai tentera berkobar-kobar apabila Finland telah
diserang oleh jirannya yang berfahaman komunis iaitu Rusia pada tahun
1939. Atas dasar untuk mempertahankan negaranya, Simo telah bertekad
menggunakan segala kemahiran yang beliau ada untuk mengekalkan
kedaulatan negaranya.
Seorang penembak hendap(sniper) memiliki kemahiran individu yang tersendiri, adakah Simo Hayha turut memilikinya?
Sepertimana penembak hendap yang lain,
Simo mempunyai kemahiran individu yang tersendiri, bahkan Simo berjaya
mewujudkan satu jurang kelainan berbanding penembak hendap-penembak
hendap yang lain. Direkodkan, Simo mengadaptasikan kemahiran yang
dimilikinya sebagai seorang pemburu di kampung halamannya ke dalam
pertempuran yang sebenar. Tidak seperti penembak hendap yang lain, Simo
gemar menggunakan iron sight(target besi) dan bukannya telescopic sight(target teleskop) kerana baginya dengan menggunakan telescopic sight,
seseorang penembak hendap akan mudah dikesan lokasi penyembunyiannya.
Untuk pengetahuan anda telescopic sight boleh memantulkan cahaya
matahari yang boleh menyebabkan ia mudah dikesan.
Simo juga gemar memadatkan salji(kerana
beliau berperang pada musim sejuk pada waktu itu) bagi mengelakkan salji
terpercik apabila beliau menembak. Dengan itu, beliau tidak mudah
dikesan.
Simo juga menggunakan seluruh baju penyamaran(camouflage)
berwarna putih dan tidak akan bergerak pada satu-satu tempat pada masa
yang cukup lama. Itulah kelebihan seorang penembak hendap yang sukar
didapati pada tentera-tentera biasa, iaitu Kesabaran.!
Simo hanya akan bergerak,itupun dengan
kadar pantas, apabila telah menembak seorang tentera musuh. Dengan
ketangkasan beliau, beliau susah untuk dikesan kehadirannya.
Apakah rekod paling besar yang dicatatkan oleh Simo Hayha sepanjang perang 105 hari itu?
Rekod paling besar Simo adalah beliau berjaya menembak kira-kira 25 orang tentera musuh dalam masa hanya satu hari.
Kenapa muka Simo Hayha seperti kelihatan herot?
Pada masa mula-mula masuk tentera, muka Simo adalah normal. Namun semasa Perang Musim Sejuk(Winter War) telah
hampir berakhir, Simo telah ditembak oleh tentera musuh di rahang
kirinya menyebabkan tulang pipinya hancur. Simo cedera parah dan koma
selama beberapa hari. Beliau bangkit daripada koma semasa perang telah
diistiyharkan tamat. Kegagalan membunuh Simo amat mengecewakan Joseph
Stalin dan panglima Red Army.
Apakah anugerah kerajaan Finland kepada Simo Hayha?
Sebagai seorang yang amat berjasa kepada
negaranya, tidak mungkin Simo boleh dipinggirkan. Simo yang menjadi
pujaan rakyatnya dan igauan bagi musuh ini telah dinaikkan pangkat
daripada Koperal kepada Leftenan Kedua oleh Field Marshal Carl Gustaf
Emil Mannerheim. Tiada seorang dalam sejarah ketenteraan mampu dinaikkan
pangkat secara drastik sepertimana Simo Hayha.!
Bilakah Simo Hayha meninggal dunia?
Disebalik kecederaan parahnya yang hampir
meragut nyawanya, Simo Hayha bagaimanapun berjaya menghabiskan
sisa-sisa kehidupan sebagai veteran perang yang dikagumi sehingga
berusia 96 tahun. Beliau meninggal dunia pada 1hb April 2002 di
perkampungan terpencil di Ruokolahti berhampiran dengan sempadan Rusia.
Dalam satu temubual dengannya pada 1998, Simo ditanya oleh hos tentang
bagaimana menjadi seorang penembak hendap yang hebat, beliau lantas
menjawab,
Käytäntö (yang membawa maksud latihan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan