Sumber artikel cara buat udang kering yang halal dan tanpa ragu – ragu ini daripada Puan Suhaila Ishak dan diubah suai oleh kami . Anda boleh ke laman facebook beliau di link nama tersebut .
Dengan isu yang pelbagai timbul sekarang , jadi kita sebagai suri rumah
semestinya mahukan yang terbaik dalam setiap masakan terutama masakan
yang menggunakan udang kering. Walaupun udang kering banyak terdapat di
pasaran , tapi mencari yang halal dan pastinya bersih menjadi satu
cabaran besar.
Selepas ini , kalau anda nak buat masakan udang butter ke , atau mahu memasak resepi udang masak merah , tinggalkan sedikit untuk dibuat udang kering kan.
Jenis udang yang sesuai digunakan adalah jika anda mahu yang kecil dan enak rasanya , gunakan udang kecil atau yang jenis berkulit keras jika mahukan sederhana. Harga udang sekilo sekitar RM10 – RM15 .
Pertama sekali untuk buat udang kering , rebus udang di atas dapur dan tambahkan seidikit garam . Untuk sekilo udang , hanya gunakan satu cawan air sahaja. Selepas selesai proses merebus , jemur udang di kawasan panas dalam tempoh sehari memandangkan negara kita sedang dilanda kepanasan melampau.
Bila dah kering , masukkan udang tadi ke dalam plastik dan ramas sehingga kulit udang tertanggal . Jangan dibuang kulit tu kerana antara khasiat kulit udang adalah menjadi baja organik kepada tanaman sayuran anda.
Yang penting, halal dan bersih . Selamat mencuba daripada kami , team daridapur.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan