Nampak seperti air dihadapan sana namun hakikat sebenarnya hanyalah fatamorgana.
Ada
orang mengibaratkan hidup didunia ini umpama pelayaran dengan sebuah
kapal besar dan singgah disebuah pulau bagi mengambil bekalan air dan
makanan. Pulau itulah dunia kita, sedangkan perjalanan seterusnya adalah
alam yang kekal abadi yang bakal kita tempoh selepas kapal melengkapkan
keperluannya dipulau persinggahan yang hanya sementara. Namun ada yang
telah merasa jatuh cinta dengan pulau, walhal Tanah besar lebih indah
lagi. Maka tinggallah mereka yang jatuh cinta dengan pulau yang tidak
merasai nikmatnya Tanah besar atau alam baqa.
Ada
pula yang memberi kiasan dunia ini umpama fatamorgana, Nampak nikmat
bagai air jernih dihadapan dan kita terus berusaha mendekati air
tersebut walhal air itu bukan air sebenarnya ia cuma baying dari bahang
panas dek matahari. Bahang panas inilah yang menyamar menjadi seperti
air di penglihatan mata. Jadi pengamatan sebenarnya bukanlah dengan mata
yang kita ada ini tetapi pandangan hanya dapat dilihat dengan mata
fikir dan mata hati.
Dunia ini juga sebenarnya adalah
tempat rintihan. Tempat manusia merasai kesakitan, kemiskinan,
kelaparan serta penderitaan. Jadi kita akan terus merintih dan merintih
walhal Allah sedang menguji kita, siapakah diantara kita yang lebih baik
amalannya untuk dimasukkan kedalam kehidupan yang selesa yang tiada
kelaparan, kesakitan, keperihan atau penderitaan bahkan ianya penuh
nikmat yang kian bertambah dari hari kehari sedangkan ianya juga tidak
akan berakhir buat selama-lamanya.
Inilah tujuan Allah menjadikan
manusia dan jin yakni untuk beribadat kepada Allah dan dalam masa yang
sama menerima ujian demi ujian, dimana dengan ujian itu juga Allah
meninggikan darjat kita.
Kehidupan ini juga pernah
dikatakan umpama mimpi dan apabila kita dibangkitkan kembali pada hari
qiamat kelak baru kita benar-benar sedar bahawa kehidupan didunia dulu
cuma mimpi singkat.
Berdepan dengan alam akhirat
barulah kita dapat merasakan bahawa itulah kehidupan sebenar dan lebih
baik dari kehidupan yang didunia dulu dimana setiap perkara baik
walaupun kecil sekecil zarrah akan mendapat balasan dan keburukan walau
sekecil hama juga akan mendapat balasan buruk.
Tahu-tahu bila tersedar dari
mimpi kita benar-benar sedar bahawa sebenarnya kita sedang mengalami
transit (macam transform juga la) kepada kehidupan sebenarnya.... ini
baru REAL.
Congak punya congak baru kita
faham nikmat menta'ati perintah Allah semasa kehidupan didunia dahulu.
Nikmat solat menghadapkan wajjah kearah qiblat. Nikmat menikmati juadah
lazat sambil menghadap kearah qiblat. Ia adalah biasan dari nikmat
berbuka puasa dimana kita memperolehi 2 nikmat. Cuba bayangkan nikmat
ketika kita menunggu lagi 2 atau 3 minit sebelum sampai waktu berbuka
yang sebenarnya. Dihadapan mata pula sudah tersedia juadah yang lazat
pilihan kita sendiri selepas sepetang meninjau di bazar Ramadhan.
Apabila tiba sahaja waktu berbuka pasti seronok terutama waktu kita
dizaman persekolahan dahulu. Begitu juga waktu nak raya. Namun bagi
mereka atau kita yang tak puasa atau pura-pura puasa kita tidak akan
dapat nikmat tersebut.
.
.
La haula wala quwwata illa billah..~
blog tok wan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan