Lima hijabers adik beradik ini pernah menjadi perbincangan hangat netizan luar terutama sekali Indonesia kerana kecantikan mereka.
Adik beradik ini mula dikenali bila mereka sering memuat naik foto secara solo dan juga bersama-sama. Dengan paras yang menawan serta gaya hijab tersendiri, mereka pantas mendapat perhatian.
Dalam pada itu lima beradik ini juga punya banyak persamaan, dari cara pemakaian hijab, hobi, malah nama akaun instagram mereka juga kesemuanya berakhir dengan perkataan 'mirror iaitu @sairamirror @nasreenmirror, dan @reenamirror, @ruksana_sana dan @cattaleeyamirror
Melihat foto yang dimuat naik dalam akaun instagram masing-masing tak hairan jika mereka mempunyai semakin ramai pengikut.
Malah ia juga membuka peluang kepada mereka untuk menjual pakaian dan hijab atas nama Saira Hijab.
Jom layan foto lima beradik ini, jika tak puas boleh follow instagram mereka.
Antara lima beradik, Saira ini yang paling menyerlah rasanya.
Apapun hijaber dari Malaysia pun tak kurang stailonya. Tak gitu?
http://www.vanillakismis.my/
Sumber: Instagram @sairamirror, @nasreenmirror, dan @reenamirror
Tiada ulasan:
Catat Ulasan