Khamis, 1 Mac 2012

Fakta Hari Ini - Hubung kait Susu formula & diabetes mellitus

Sekadar berkongsi artikel dari FB Dr Zubaidi Hj Ahmad , tentang hubung kait antara susu formula & diabetes mellitus.(artikel boleh dibaca dibawah).

Sekiranya memang ada perkaitan antara minum susu formula sewaktu bayi dengan risiko berkemungkinan mendapat penyakit kencing manis (diabetes mellitus) di awal usia , sebagai ibubapa dan juga sebagai salah seorang yg menyusu susu formula (if korang masa kecil dulu diberi susu formula) , sila la ambil langkah pencegahan dengan menjaga pemakanan anak korang dan korang jugak.
 

Agaknya mengapa ramai orang dewasa mudah mendapat penyakit kencing manis (diabetes mellitus) di usia muda?

Dalam satu kajian yang dilakukan, susu formula akan menyebabkan lebih banyak insulin dikeluarkan dalam tubuh bayi berbanding dengan bayi yang disusukan dengan susu itu, bagi mendapatkan kandungan glucose yang sama.

Sebagai contoh ringkas, untuk mendapatkan kandungan glucose dalam darah bayi sebanyak 5.0 mmol/ml, bayi yang menyusu susu ibu mengeluarkan 20 unit insulin, sementara bayi yang menyusu susu formula memerlukan lebih 20 unit insulin.

Jika berterusan diberikan susu formula, maka secara perlahan-lahan bayi ini mengalami ‘insulin resistance’, di mana lebih banyak insulin digunakan untuk merendahkan kandungan glucose.

Apabila bayi menjadi dewasa, ia akan mudah mendapat diabetes mellitus walaupun ibu dan bapanya tidak pernah mengalami penyakit kronik itu.

Ini tidak bermakna bayi yang diberikan susu formula akan pasti mendapat diabetes mellitus. Ia akan meninggikan risiko untuk mendapat penyakit itu. Oleh itu bayi yang diberikan susu formula harus diperhatikan pemakanannya ketika remaja untuk mengelkkan mendapat diabetis mellitus di usia yang muda. (artikel dari Fb Dr. Zubaidi)

Bila baca artikel tu teringat cakap seorang ustaz, kalau susu lembu atau susu kambing tu elok kenapa Ibu Nabi Muhammad tak perah saje susu kambing untuk diberi kepada nabi Muhammad S.A.W. Aturan Allah tu dah sempurna, Ibu nabi diberi dugaan tidak mampu untuk menyempurnakan penyusuan dan terpaksa serahkan nabi kepada ibu susuan, sebab Allah S.W.T nak kita sedar bahawa susu ibu tu adalah yang terbaik. Tak mampu susukan sendiri cari ibu susuan. Tapi mungkin zaman sekarang ni, zaman serba nak cepat, jadi manusia lebih suka pada yang segera.

Tapi harus diingat juga, walaupun kita dah beri anak kita menyusu dengan susu badan dan kita pun masa kecil dulu memang disusukan dengan susu ibu, bukan bermaksud kita tak berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis (diabetes mellitus). BERISIKO tetap BERISIKO, sesiapa sahaja even tiada sejarah dalam keluarga dia yang menghidapi penyakit kencing manis ni tetap ada risiko nak mendapatnya.

Orang kata cegah lebih baik dari mengubati, so camna cara nak mengelakkan diri atau nak mengurangkan risiko dari mendapat penyakit kencing manis, secara umumnya semua orang dah expert tul tak
 
 anamarzablog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...