1. Samoa
Dalam masyarakat Samoa, baju pasangan pengantin akan dibuat dari kulit batang pokok mulberry.
2. Nigeria
Di Nigeria,
sekiranya seseorang calon pengantin perempuan mengenakan pakaian yang
cantik sebelum hari pernikahannya, calon pengantin lelaki berhak untuk
menghantar semula pakaian tadi kepada orang tua si pengantin perempuan.
3. Ethiopia
Dalam suku Surma,
sebuah suku di Ethiopia, sebelum sesuatu pernikahan dilangsungkan,
biasanya mempelai perempuan akan mencabut gigi bawahnya, menusuk
bibirnya dan menggantikannya dengan tanah liat yang berbentuk bulat.
Dari semasa ke semasa, tanah liat itu akan digantikan dari yang kecil
kepada yang besar. Hal itu akan melambangkan semakin besar mahar yang
diberikan bagi melambangkan kekayaan keluarga pengantin wanita.
4. Namibia
Di Namibia,
pengantin wanita harus mengenakan topi khusus yang disebut sebagai
"Ecora", yang diperbuat dari kulit kambing yang digosok dengan tar dan
dicelup dalam minyak sebelum diwarnakan dengan warna merah.
5. Kenya
Di Kenya, selepas
satu bulan pernikahan, pengantin lelaki harus memakai baju wanita yang
lengkap dengan aksesori bagi memahami bagaimana beratnya tanggungjawab
seorang wanita.
6. Jawa, Indonesia
Seperti kebanyakkan
daerah lainnya, mereka yang bakal melangsungkan pernikahan perlu
mengeluarkan wang perbelanjaan. Namun di Pulau Jawa ini, kaedah
pembayaran tidak menggunakan wang, tetapi dengan ekor tikus sebanyak 25
ekor.
7. Albania
Konsep pernikahan
di Albania sangat tradisional. Tradisi ini mengharuskan pengantin wanita
untuk menghalang sebarang "serangan" suaminya selama tiga hari tiga
malam berturut-turut. Ia bertujuan untuk memeningkan roh-roh jahat yang
berkeliaran.
8. Nenets, Rusia
Dalam suku Nenets,
iaitu masyarakat asli Rusia, keluarga pengantin akan menyajikan hidangan
berupa daging rusa mentah kepada para tetamu undangannya.
9. Bali, Indonesia
Dalam tradisi
pernikahan masyarakat Bali, kelibat pengantin lelaki tidak akan
kelihatan sepanjang majlis tersebut. Ini kerana pengantin lelaki telah
ditahan dan harus menyiapkan jamuan makannya. Setelah semuanya siap,
keluarga pengantin perempuan akan menikmatinya.
10. New Guinea
Di Pulau Trombrian,
iaitu sebuah pulau berdekatan New Guinea, sekiranya anda ingin
melangsungkan pernikahan, anda perlu menyani dihadapan semua anggota
suku.
p/s: Lain budaya, lain caranya..
drysheet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan