Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Jodoh
pertemuan terletak di tangan Tuhan, kalau belum sampai jodoh tu
maksudnya Allah belum temukan lagi si dia. Jangan pulak terus putus asa.
Walaupun macam tu, ketentuan Allah kena dengan 'asbab' dari usaha kita jugak, takkan nak tunggu datang bergolek...heee
Antara sebabnya:
1) Hati tidak fokus dalam mencari jodoh dan tidak bersungguh-sungguh.
Macamana
nak dapat jodoh kalau tak bersungguh-sungguh? Mulut je kata nak jodoh,
tapi "tu la, aku bukan tak nak berjodoh, tapi.. adoi.. keje banyak ni.
tak menyempat la nak meng"usha" bakal isteri" maksudnya kat sini fokus
tu ada kat tempat lain tapi bukan untuk mencari jodoh.
2) Belum bersedia untuk bercinta.Nak berjodoh macam mana kalau tak ready lagi nak berkasih sayang? karang mendera anak orang pulak. Persiapkan diri dan bersedia okeh. Chaiyok! jangan pulak umo dah lebih had masih kata tak ready nak bercinta. Macam mana tuh?? Takut- takut ada sebab-sebab lain pulak.. hemmm
3) Terlalu memilih kriteria pasangan.Kalau dah ketat sangat ciri-ciri orang yang nak dijadikan isteri/ suami, siapala yang layak agaknya? Nak puteh gobu/ sawo matang, jawo, nak mix tu kiro okeh, tinggi nak 7 kaki, badan berisi, mato bulat, rambut pacak, tudung gaya Yuna, bulu mato panjang, xd misai, berat 45-50kg, selipar saiz 6 dan macam2 lagi. Sampai bila nak berjumpa tu? hushh2..
4) Hati kotor, masih banyak benci dalam hati.Kalau banyak sangat benci dalam hati, kesannya orang lain pun jadi benci jugak dengan kita. Apa salahnya kita berubah untuk jadi lebih mesra dengan semua orang? Mana tau dalam ramai-ramai orang dimesra tu ada jodoh kamu. hehe =) InsyaAllah, Terbaikkk
5) Banyak meminta tetapi kurang memberi.Kalau kita asyik nak mintak tolong orang, terkadang tanpa sedar pintu rezeki kita tertutup. Apa salahnya kita pulak bantu orang lain dengan ikhlas, mana tau pintu rezeki kita terbukak n salah satu rezeki kita tu mungkin jodoh yang serasi kekal hingga akhir hayat. sape tau, kan.. kan.. InsyaAllah, You are what you think..
Yang ni parah nak ubat nih, 1 je ubatnya- redha dengan pengalaman cinta tak kesampaian tu dan berusaha untuk kehidupan yang lebih bahagia di hari muka. Yeah! semangat kena ada.. jangan pasrah terus putus asa ye sebab orang yang putus asa takkan berjaya..6) Fobia dan serik bercinta.
5) Hidup tidak seimbang.Kadang-kadang terlampau tenggelam dengan kerja sendiri sampai takde masa bersosial. paling parah tak bertemu manusia lain pun! entah kenal ke tidak orang sebelah rumah. Wah, Camano nih? ada pula yang kuat sangat enjoy/ dengan kata lain sindrom 'orang bujang' yang melampau. adoih.. jodoh mana yang nak melekat? kena berubah ni ye! mulakan sekarang. Tekadkan azam, Mantopp.
6) Ada sifat-sifat negetif yang ketara
Mempunyai
sifat negatif menyebabkan orang tertolak untuk mendekati kita. so, nak
dapat jodoh lagu mana? menyanyilah lagu hiba/ sedih hari-hari nak
mengenangkan nasib diri. Hemm, xdapek den nak nolong. Positifkan diri
anda ye, pasti boleh.
7) Kurang berdoa dan usaha yang sesuai.Dah berusaha mencari jodoh kena la berdoa. seiringkan doa dengan usaha yang kita jalankan. semoga dengan doa yang ikhlas itu Allah SWT permudahkan untuk mendapat jodoh yang serasi. jangan putus harapan dengan bantuan Allah, sesungguhnya Allah bersama hamba-Nya yang sabar.
8) Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan.Dasar lupa tanggungjawab la ni. kawen elok-elok dah, esok lusa cerai sebab ada perempuan/ lelaki lain. Alasannye senang, takde jodoh.. camne nak ada jodoh kalau tak istiqamah dengan hubungan yang sedia ada? adeh.. ni masing-masing kena ambik perhatian. Jangan lupa dengan tanggungjawab dan amanah dalam berumahtangga masing2.
9) Terlampau selesa dengan hidup bersendirian.Benda ni semacam dah jadi trend sesetengah orang yang merasakan lebih selesa hidup sorang sehingga tidak melihat keperluan untuk berumahtangga. Nak bertemu jodoh tang mana? perlu diingat, berkahwin merupakan satu ibadah yang mana jika dilakukan dengan niat kerana Allah SWT, insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala.
Di samping itu, jangan meremehkan kemungkinan tidak bertemu jodoh itu disebabkan oleh fakta-fakta di luar jangkaan seperti sihir atau sumpahan yang mana memang sukar untuk difahamkanRumusan - kita kena berubah dulu sebelum mahukan jodoh tu datang kepada kita, perubahan secara positif! hendak seribu daya, tak hendak banyak dalih..
Walaupun
begitu, berpeganglah pada syariat dan janganlah kita terjebak dengan
perkara-perkara yang syirik. Sesungguhnya sesuatu itu tidak akan berlaku
sekiranya Allah tidak mengizinkannya. dan pastinya setiap yang berlaku
ada berjuta hikmah yang tersembunyi.
Semoga anda bertemu jodoh yang terbaik buat diri anda.Doakan keberkatan Majlis Walimah saya
http://irmyjuliza.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan