Isnin, 28 Disember 2015

Elakkan 9 Komen Ini Pada Isteri Anda

Menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam keluarga memang impian pasangan yang baru kahwin. Namun, menjadi ibu bapa buat pertama kali memang banyak cabaran dan dugaan lebih-lebih lagi si ibu yang ada kalanya perlu berjaga malam untuk menyusu tambahan kalau bayi meragam. Kurang tidur menyebabkan si ibu mudah letih, moody dan kurang bermaya.



Susah mencari suami yang baik ?

Suami yang baik
Foto Kredit: mommyish.com
Suami dan keluarga perlu banyak menolong dari segi bantuan tenaga dan moral support kerana banyak yang perlu dipelajari bersama-sama. Realitinya, bukan mudah menjaga bayi. Oleh itu apabila bayi meragam atau isteri perlu bantuan, suami perlu diingatkan agar elak menyinggung perasaan dan emosi dengan memberi komen-komen di bawah pada isteri.

Komen 1

“Dari tadi abang dengar anak menangis. Boleh tak awak buat sesuatu untuk senyapkan dia?”
Sebaliknya: cuba tanya isteri mengapa anak meragam dan bersama-sama membantu untuk menenangkan anak anda.

Komen 2

“Sekarang ni giliran awak untuk tukar pampers anak”
Sebaliknya: tidak payah berkira untuk membantu isteri malah kena sentiasa ringankan diri membuat apa sahaja tugas melayan anak termasuk menukar lampin kerana isteri pasti sudah letih seharian menjaga anak dan rumah tangga.

Komen 3

“Sorry. Abang penat sangat, tak dapat nak bantu jaga anak malam ni”
Sebaliknya: Ingat ya, isteri anda perlu juga ruang dan masa untuk dirinya juga. Tanggungjawab menjaga anak bukan terletak pada diri isteri malah suami. Kalau anda penat, isteri lagi penat, terkejar-kejar masa untuk bayi dan suami.

Komen 4

“Abang nak pergi kerja ni. Besnya jadi macam awak dapat jaga anak seharian”
Sebaliknya: Ucapkan terima kasih pada isteri kerana membantu menjaga anak kerana bukan mudah menjaga anak kecil yang perlu diberi susu, mandi, cuci, dodoi dan ditidurkan. Tidak semua orang boleh membuat banyak kerja dalam masa satu hari.

Komen 5

“Apa kata kita kasi anak susu formula? Abang kesian tengok awak asyik kena susukan anak”
Sebaliknya: Support isteri agar breastfeed anak sebab ibu biasanya akan merasa confident apabila dapat menyusukan anak. Lagipun ia dapat mengeratkan lagi hubungan dengan anak. Bila isteri selesai menyusu anak, suami boleh menjaga anak dan beri peluang isteri berehat.

Komen 6

“Sejak ada anak ni, kita tak lakukan hubungan intim langsung. Ini yang rasa nak kahwin lain nih!”
Sebaliknya: Fahami situasi isteri yang biasanya kepenatan dan kurang tidur akibat berjaga malam. Tidak dikira lagi hormon yang tak seimbang. Faktor-faktor itu menyebabkan isteri kurang bersemangat untuk mengadakan hubungan intim. Beri isteri masa.
Jangan ingat bila tak dapat ‘bersama’, terus laju nak cari lain!

Komen 7

“Apasal rumah tak teratur dan kemas. Apa yang awak buat satu hari ni?”
Sebaliknya: Bantu isteri mengemas rumah sama ada sebelum anda pergi kerja atau selepas balik kerja. Tahukah anda, kerja isteri memang tak pernah selesai lagi-lagi bila ada anak yang perlu dijaga. Jangan harapkan isteri anda kuat seperti Super Woman ya.

Komen 8

“Mak saya kata…..”
Sebaliknya: Beri peluang pada isteri untuk menjaga anak dengan caranya sendiri. Elak banding membanding dengan sesiapa sahaja walaupun adik-beradik sendiri.

Komen 9

“Ingat dah bersalin awak slim balik. Bila nak hilangkan lemak-lemak kat badan awak ni.”
Sebaliknya: Peka dengan sensitiviti isteri. Ingat, isteri pun tidak suka ‘membina’ badan, namun bukan perkara mudah untuk menurunkan berat badan. Lebih bagus, jika suami sanggup korbankan wang ringgit untuk menghantar isteri ke gim atau kelas zumba untuk membuang lemak-lemak di badan.

Suami,

Suami yang baik
Isteri anda bukan Wonder Woman atau ‘superheroin” seperti dalam filem Hollywood yang kuat, boleh melakukan semua kerja dengan mudah dan boleh bergerak pantas. Hargai isteri anda yang sanggup melahirkan zuriat untuk anda. Bukan perkara mudah untuk menjaga anak sambil menguruskan rumah tangga.
siraplimau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...